web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendirian Malaysia Dalam Isu Gaza Tidak Berubah Walau Berdepan Tekanan AS - PM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2025 2:14PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendirian Malaysia terhadap isu Gaza di Palestin dan negara Asia Barat termasuk Iran tidak akan berubah walaupun berkemungkinan berdepan ugutan dan bantahan Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan tarif yang masih berjalan sehingga Ogos ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat berhak menyuarakan pandangan berhubung isu berkendan.

"Kita belum dalam rundingan terakhir yang dilaporkan minggu lepas, masih belum ada tanda-tanda, tetapi dalam rundingan itu ada beberapa pertimbangan.

"Yang besar ialah kerana elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor dan cip, kerana pengeluaran kita seperti mana saya pernah sebut di Dewan, 60 peratus dari pengeluaran kita itu ke AS... AS juga memerlukan cip dan E&E dari Malaysia,

"Jadi kita harap dan doa Insya-Allah dapat diselesaikan dengan baik," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang bertanyakan sama ada kelantangan Malaysia dalam membela hak Palestin diambil kira oleh AS yang berkemungkinan akan mengenakan tarif tambahan, dan adakah Malaysia bersedia untuk berkompromi dalam perkara itu.

"Persoalan saya, pada 1 Ogos ini Malaysia bakal dikenakan tarif tambahan 25 peratus walaupun Presiden AS Donald Trump ada umumkan ini berkenaan soal ekonomi sahaja, tapi kalau kita lihat apa yang dikenakan ke atas Brazil yang jelas bukan kerana surplus atau deficit, tapi kerana kemarahan Trump..." kata Syed Saddiq.

Perdana Menteri berkata walaupun tarif terbaharu yang dikenakan AS terhadap Malaysia pada kadar 25 peratus dan masih rendah berbanding Vietnam, Kemboja atau Thailand, - Malaysia bagaimanapun tidak menganggap keputusan AS itu adil kerana ia dibuat secara unilateral dan tidak selari dengan prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta perjanjian antarabangsa yang telah dimeterai.

"Kita telah suarakan... dan benar, Muar sebutkan kerana kelantangan Brazil dan Presiden Brazil (Luiz Inacio Lula da Silva) menyerang AS atas soal genosid di Gaza dan... untuk menekan negara berkembang, termasuk yang terlibat dalam BRICS... maka dikenakan 50 peratus tarif.

"Kita masih ada waktu sehingga Ogos dan rundingan masih diteruskan, saya tidak mahu pre-empt, tetapi dalam pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan AS (Pete Hegseth) di Singapura dan Setiausaha Negara AS Mark Rubio baru-baru ini, walaupun disinggung hal itu (tarif), tapi tidak menjadi isu pokok dalam perbincangan dengan mereka," kata Anwar.

Anwar berkata Malaysia sentiasa menghormati hubungan diplomatik dengan semua negara dan pada masa sama berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan sejagat.

"...tetapi apapun kesan, ugutan ataupun bantahan mereka dalam soal pendirian kita dalam isu Palestin, Gaza atau hubungan baik kita dengan Iran - itu tidak akan mengubah pendirian kita tegas sebagai negara merdeka dan berdaulat menyuarakan pandangan kita," katanya.

Menjawab soalan asal dibangkitkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berhubung pelan tindakan jangka pendek dan panjang kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah khususnya Palestin, Anwar berkata kerajaan Malaysia telah melakukan apa yang mampu dengan menyuarakan pendirian dan pandangan dengan tegas.

Beliau berkata Malaysia antara negara yang tegas dan berulang kali menyuarakan pendirian berhubung isu Palestin ketika persidangan antarabangsa, antaranya persidangan bersama Liga Negara-negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan platform multilateral lain.

"Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan pandangan dengan tegas... namun kezaliman dan keganasan Israel tidak terhenti, sekarang bukan sahaja soal Gaza, tetapi melibatkan serangan di Iran, Syria, Iraq dan Lebanon," katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri amat mengalu-alukan cadangan dan nasihat daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk memperkukuhkan lagi usaha Malaysia dalam menyuarakan pendapat, bantuan kemanusidan serta hubungan dua hala berhubung isu itu.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung langkah kerajaan memastikan Malaysia kalis kemasukan ejen Mossad, Anwar berkata kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri sudah mengambil tindakan tambahan dan meningkatkan keupayaan keselamatan negara.

"Dalam taklimat terbaharu yang diberikan badan perisikan Malaysia, memang mereka ambil berat dalam isu keselamatan negara, terutama apabila sudah terbukti kehadiran (ejen Mossad) dan menggunakan (satu) pasangan suami isteri rakyat kita sebagai ejen atau bersekongkol," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad