web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kegembiraan 8 Sekawan Bertukar Tragedi, 1 Lemas Di Air Terjun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2025 9:39PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Kegembiraan lapan sekawan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memanfaatkan cuti umum dengan mandi di Lata Changkah bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas.

Muhammad Hady Izzudyn Ikmal Hisam, 23, berkata dia dan mangsa Wan Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, yang kali pertama mengunjungi kawasan air terjun berkenaan, pada mulanya mandi bersama enam lagi rakan mereka di bahagian tengah lata berkenaan.

"Saya kemudian naik ke darat untuk minum dan melihat mereka berenam semakin ke tengah dan sebenarnya mereka tidak pandai berenang.

"Tidak lama selepas itu, saya nampak mereka semua mula terkapai-kapai. Saya pun pergi tolong dan berjaya selamatkan lima daripada mereka dengan bantuan orang awam. Tapi, Wan Ahmad Irfan kami tak jumpa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi Zuraidi Mohd Yusuf dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.42 petang sebelum menggerakkan sepuluh anggota ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat penuntut Fakulti Undang-Undang itu katanya bermula 4 petang sebelum mayat Wan Ahmad Irfan ditemukan di dasar air pada kedalaman 4.5 meter, kira-kira 28 minit selepas itu.

"Lima rakan mangsa yang hampir lemas dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca. Memang ketika kejadian tidak hujan di lokasi tapi keadaan air yang keruh mungkin menandakan berlakunya hujan di kawasan hulu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad