web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2025 7:26PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

МАККАН - Sebanyak 5,256 jemaah Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M selamat tiba di Tanah Suci, melibatkan ketibaan secara berperingkat di kota suci Makkah dan Madinah sejak penerbangan pertama pada 29 April lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata sebanyak 4,419 jemaah masih berada di Madinah manakala 837 jemaah telah memasuki Makkah secara berperingkat sejak Ahad.

"Sebanyak 19 penerbangan jemaah haji Malaysia telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdul Aziz, Madinah setakat ini, daripada keseluruhan 100 penerbangan haji yang dijadualkan tahun ini.

"Daripada jumlah itu, 47 penerbangan dijadualkan ke Madinah manakala 53 penerbangan lagi akan mendarat di Jeddah, dengan jemaah terus bergerak memasuki kota suci Makkah," katanya datam sidang media di lbu Pejabat TH di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Hisham berkata 837 jemaah haji Malaysia melibatkan tiga kumpulan iaitu KTI, KT2 dan KT3 telah tiba di sini pada Ahad selepas enam hari berada di Madinah.

"Pergerakan jemaah haji dari Madinah ke Makkah bermula semalam, melibatkan tiga kumpulan iaitu KTl menginap di Hotel Abraj Al Janadiriyah dengan 253 jemaah, KT2 di Hotel Land Premiere (328 jemaah) dan KT3 di Hotel Abraj Tayseer dengan 256 jemaah.

"Hari ini, tiga lagi kumpulan jemaah dijadualkan bergerak dari Madinah ke Makkah secara berperingkat, mengikut jadual pergerakan yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata kesemua jemaah telah selesai menunaikan umrah pertama secara berperingkat dengan diketuai seorang mutawif atau pembimbing serta petugas TH bagi melaksanakan ibadah umrah.

Selain itu, Mohd Hisham berkata setakat ini hanya seorang jemaah haji Malaysia dimasukkan ke pusat rawatan di Madinah dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kita hanya menunggu masa sesuai untuk membawa jemaah tersebut bergerak ke Makkah bagi menunaikan umrah.

"Kesihatan jemaah keseluruhannya berada dalam keadaan baik. Jadi kepada keluarga di tanah air, tidak perlu bimbang kerana TH mempunyai pasukan perubatan mencukupi untuk memberikan rawatan serta nasihat kesihatan kepada jemaah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad