web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2026 10:41AM

Dr Taufik Rosli - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

МАККАН - Jangkitan paru-paru atau pneumonia menjadi antara penyakit paling kerap dikesan dalam kalangan jemaah haji Malaysia ketika operasi kesihatan di Tanah Suci memasuki fasa kritikal menjelang musim Masyair.

Ketua Pakar Rombongan Perubatan Haji Dr Taufik Rosli berkata kebanyakan kes itu melibatkan jemaah warga emas serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan berisiko tinggi.

Beliau berkata keadaan itu berpunca daripada faktor keletihan melampau, dehidrasi serta kegagalan mengambil ubat secara teratur berikutan jemaah terlalu memberi tumpuan kepada aktiviti ibadah.

"Ada jemaah kurang minum air kerana bimbang sukar ke tandas di Masjidil Haram. Ada juga terlalu penat hingga terlupa mengambil ubat darah tinggi dan ubat kencing manis," katanya kepada pemberita di sini, baru- baru ini.

Dr Taufik berkata situasi berkenaan menyebabkan tekanan darah jemaah tidak terkawal selain meningkatkan risiko jangkitan paru-paru akibat sistem imun badan yang semakin lemah.

Beliau berkata dalam usaha mengesan lebih awal jemaah berpotensi mengalami komplikasi, pasukan perubatan musim ini memperkenalkan inisiatif klinik pakar bergerak di maktab penginapan jemaah bagi menjalankan saringan dan pemantauan rapi.

Menurutnya, melalui pendekatan itu pakar perubatan akan turun padang menemui sendiri jemaah bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan serta mengenal pasti mereka yang memerlukan pemantauan rapi.

"Kalau dulu pesakit datang kepada kita, sekarang kita pergi kepada pesakit. Pendekatan proaktif ini bukan sahaja mempercepat proses rawatan, malah membantu pasukan kesihatan mengenal pasti jemaah berisiko tinggi sebelum mereka bergerak ke Arafah dan Mina," katanya.

Mengulas mengenai persediaan Masyair, Dr Taufik berkata petugas perubatan Malaysia kini memasuki fasa paling getir dalam operasi di Tanah Suci sambil menyifatkan musim itu sebagai medan sebenar yang menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi seluruh petugas serta jemaah.

Beliau berkata hampir separuh beban operasi kesihatan tertumpu dalam tempoh lima hari fasa Masyair melibatkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, selain giat menyelaras gerak kerja doktor pakar, pegawai perubatan, ahli farmasi serta pasukan kecemasan.

"Kalau sekarang nampak sibuk, sebenarnya ini belum sampai 50 peratus lagi. Cabaran sebenar bermula ketika Masyair nanti," katanya.

Di sebalik tekanan operasi, Dr Taufik berkata setiap petugas sentiasa diingatkan bahawa khidmat menyantuni tetamu Allah itu merupakan satu bentuk ibadah yang menjanjikan ganjaran besar.

"Di sini mudah untuk kita saling menguatkan semangat kerana semua datang dengan niat ibadah. Bila letih, kita ingatkan semula bahawa ganjaran membantu tetamu Allah ini sangat besar," katanya.

Dr Taufik mengakui cabaran terbesar bukan hanya merawat pesakit, tetapi memastikan semangat petugas terus kuat sepanjang menghadapi tekanan tugasan panjang dan mencabar.

Beliau berkata musim haji sering menghadirkan pengalaman yang menyentuh hati serta sukar dilupakan, terutama apabila menyaksikan perubahan luar biasa dalam kalangan pesakit.

"Kadang-kadang ada pesakit tidak sedarkan diri, tetapi apabila tiba waktu wukuf, mereka kembali sedar dan tahu mereka berada di Arafah. Itu antara perkara membuatkan kami percaya, di Tanah Suci ini ada kekuatan yang sukar dijelaskan dengan logik biasa," katanya.

Bagi musim haji 1447H/2026M ini, sebanyak 224 petugas perubatan termasuk pakar, doktor serta jururawat akan melakukan penugasan untuk operasi Masyair, iaitu kemuncak bagi menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad