web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2025 11:51AM

Jamaliah Masrom - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Seorang jemaah wanita dilaporkan meninggal dunia di klinik Kecemasan Bangunan Abraj Al Janadriyah di sini pada 9 Jun lepas akibat serangan jantung.

Allahyarham Jamaliah Mason, 68, dari Kota Tinggi, Johor, menghembuskan nafas terakhir pada 6.05 petang waktu tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata jumlah keseluruhan kematian jemaah haji Malaysia di Tanah Suci bagi musim Haji 1446H/ 2025M setakat ini ialah 11 orang.

"Pada masa sama, kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji (TH) dukacita dengan berita itu. Pihak TH telah menguruskan segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah termasuk mandi, solat jenazah di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Suci Makkah," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihak pengurusan TH juga telah memaklumkan perkara berkenaan kepada waris Allahyarham di Malaysia.

"Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," tambahnya.

Setakat ini, 10 kes jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Makkah disahkan berpunca daripada serangan jantung, manakala seorang lagi disebabkan jangkitan kuman dan kegagalan organ. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar