web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pantau Projek Sakit Supaya Selesai Dalam Tempoh Ditetapkan - PM 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2025 1:37PM

Perdana Menteri disambut orang ramai sewaktu tiba di Kota Bharu hari ini - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan semua projek termasuk status "projek sakit" perlu dipantau, supaya ia dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan hatta mencapai prestasi yang membanggakan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau menyatakan perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu hari ini.

"Saya singgung kepentingan memperhebat dan melicinkan lagi projek rakyat yang menjadi keutamaan, khususnya untuk impak pembangunan ekonomi dan kemajuan bersama-sama.

"Perbincangan terarah kepada faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menyegerakan projek seperti rancangan tebatan banjir, supaya tidak membebankan rakyat sehingga melibatkan penambahan kos serta kerugian kewangan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mesyuarat turut disertai Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri. 

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar juga berharap semoga kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.

Selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri kemudian menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran