web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk Rayu Sumbangan Untuk Bantu Rawatan Cucu Hidap Kanser Tahap 4

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2025 5:58PM

Gambar Mohd Nor Husain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang warga emas merayu ihsan orang ramai untuk menghulur bantuan bagi menampung kos rawatan cucunya yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.

Mohd Nor Husain, 65, berkata cucunya Muhammad Shakil Mohd Shahrizal yang baru berusia dua tahun disahkan menghidap kanser beberapa minggu lepas, dan memerlukan RM230,000 hingga RM250,000 bagi kos rawatan dan ubat-ubatan.

"Dua bulan lepas Muhammad Shakil mula mengalami benjolan pada beberapa bahagian tubuhnya. Kami mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia dan ketika itu doktor mengesyaki leukemia.

"Selepas seminggu di HCTM UKM, kami menghabiskan RM8,000 untuk rawatan, namun selepas pulang ke rumah, dia mengadu sakit, kakinya membengkak, dan benjolan muncul di paha serta leher. Kami kemudian merujuknya ke sebuah hospital swasta di Negeri Sembilan, dan dia disyaki menghidap kanser kelenjar," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Nor berkata selepas mendapatkan nasihat doktor, mereka membawa Muhammad Shakil ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan mengesahkan dia menghidap kanser neuroblastoma tahap empat yang memerlukan kos rawatan tinggi untuk pembedahan serta kelengkapan lain.

Beliau berkata sumbangan diperlukan bagi menampung rawatan termasuk kemoterapi, pembedahan utama untuk membuang ketumbuhan dalam perut, pemindahan sum-sum tulang, radioterapi, isoterapi serta pembelian ubat import (Qarziba).

Beliau yang merupakan seorang pesara syarikat swasta berkata cucu sulungnya itu dijaga sejak kecil bersama isterinya, Fuziah Salleh, 58.

Ibu Muhammad Shakil, Amira Ilyana Mohd Nor, 29, terpaksa berhenti kerja sebagai akauntan untuk memberi tumpuan kepada penjagaan anaknya, manakala suaminya Mohd Shahrizal Jamaluddin, 27, bekerja di sebuah kilang di Sendayan, Negeri Sembilan.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7633182746 atas nama Amira Ilyana Binti Mohd Nor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad