web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Pihak Perlu Jadi Ejen Perpaduan, Satukan Rakyat Pelbagai Kaum - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2025 1:40PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan MADANI menyatukan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, agama, kaum dan bangsa.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika menghadiri Majlis Iftar Bersama Pengamal Media di Angkasapuri malam tadi.

"Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri telah bertemu trio DJ Era FM, di mana Perdana Menteri memberi nasihat kepada mereka dan berpesan sentiasa membawa mesej perpaduan dalam tugasan harian mereka. Alhamdulillah, mesej Perdana Menteri bukan saja menjurus kepada mereka, namun kepada semua pinak.

"Perdana Menteri juga berharap rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dapat menoktahkan isu perpecahan dan terus bergerak ke hadapan bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta negara sentiasa terpelihara, selain mengamalkan sikap saling menghormati," katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Tunku Nashrul turut menyampaikan penghargaan Perdana Menteri kepada mana-mana pihak yang telah menghentikan sebarang unsur negatif atau cubaan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Sementara itu, mengenai perbezaan hukuman dan kompan yang dikenakan terhadap isu yang sama, Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara tersebut sekali lagi.

"Sebarang tanggapan atau perkongsian maklumat tidak tepat akan hal ini, akan hanya mencetuskan persepsi tidak sihat tatkala kita semua dituntut untuk terus menyemai benih keharmonian dan kesejahteraan masyarakat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri hari ini turut mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri dan sebarang keputusan atau hasil perbincangan akan dimaklumkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, petang ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad