web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Terdampar Di Tanjung Langsat, 3 Pekerja Asing Disahkan Lemas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2025 1:37PM

Gambar JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut dan terdampar di Pantai Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata insiden itu mula disedari apabila tiga pekerja sebuah syarikat dari Felda Semenchu, Kota Tinggi itu dikatakan tidak pulang selepas menaiki bot fiberglass menuju ke Bandar Masai di sini kira-kira 11.18 malam pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata kehilangan mereka disedari selepas bot itu ditemukan tersadai di pantai berkenaan oleh nelayan tempatan yang kemudian membuat laporan polis.

"Singapore Police Coast Guard (SPCG) pula mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki warga Nepal dikenali sebagai Suklal di perairan Changi, Singapura pada 12.19 tengah malam, Selasa.

"Susulan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.53 pagi semalam sebelum menghantar Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Sarhan Akmal berkata operasi mencari dan menyelamat dilakukan di sekitar kawasan Kebayan Tanjung Langsat dan jeti berdekatan.

"Mayat lelaki warga Nepal Ghalam Ram Bahadur dijumpai oleh SPCG di Pulau Tekong, Singapura pada 11 pagi manakala lelaki warga Indonesia Aprisius Bria Nahak pula ditemukan oleh Polis Bantuan Tanjung Langsat Port, kira-kira 50 meter dari Jeti Port Park Tanjung Langsat pada 3.34 petang semalam," katanya.

Beliau berkata operasi yang melibatkan 14 anggota bomba, lima anggota Polis Diraja Malaysia dan PDRM dan dua Polis Bantuan Tanjung Langsat Port itu ditamatkan pada 5.24 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 38 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 30 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad