web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sektarianisme Boleh Pecah Belah Masyarakat, Lemahkan Kerjasama Politik - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2025 12:45PM

Perdana Menteri ketika berucap di IIDC semalam - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Eksploitasi sektarianisme yang digunakan sebagai senjata untuk membakar ketegangan hanya akan memecahbelah masyarakat.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, senario tersebut juga melemahkan kerjasama politik dan mewujudkan jurang dengan kesatuan yang didamba. 

Menurut beliau, dunia Islam perlu mempamerkan solidariti yang lebih besar terhadap warga Palestin, tidak sekadar melalui retorik, tetapi dengan tindakan kolektif, usaha diplomatik yang sistematik dan berterusan serta dukungan ekonomi.

“Diberi penghormatan sebagai satu-satunya ketua negara bagi menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan bersama para ulama serta sarjana Islam di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC).

“Platform ini dimanfaatkan dalam menggesa agar kumpulan ini bersatu dalam menangani isu sektarianisme dengan mengambil tindakan konkrit mendukung Palestin dan Syria,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Gambar PMO
Gambar PMO

Jelas Anwar, ucapan disampaikannya turut senada dengan gesaan Imam Besar Al Azhar, Al Sharif Profesor Dr Ahmed El-Tayyeb yang menggesa agar sarjana dan kepemimpinan dunia Islam memimpin usaha memupuk perpaduan serta bertindak dengan kesedaran sebagai ummah yang bersatu, selain menolak budaya fanatisme agama yang kian mengakar.

“Pembunuhan beramai-ramai, peluasan penempatan haram dan pengusiran berterusan warga Palestin menuntut lebih daripada sekadar kecaman. 

“Dunia Islam mesti komited dalam menyediakan dukungan dalam aspek pendidikan, hak dan akses kepada kesihatan dan infrastruktur serta mesti melonjak suara mereka di setiap platform antarabangsa,” katanya. 

Perdana Menteri memberitahu, beliau selain menyentuh isu Palestin, turut menegaskan bahawa Syria juga berpotensi menjadi model bagi usaha perdamaian dan rujukan.

“Dunia Islam perlu bersama menyusun masa depan mereka. Tanda-tanda awal penyesuaian dan usaha membina keamanan di Syria bukan sahaja membawa harapan kepada rakyat Syria, tetapi juga peluang bagi seluruh ummah.

“Insya-Allah, biar sejarah mencatat bahawa melalui tindakan, integriti, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kita sememangnya satu ummah, dengan satu tujuan yang sama,” katanya. 

Usai persidangan, Anwar turut meluangkan masa menyantuni diaspora Malaysia di Manama bagi menerangkan pelbagai usaha serta ikhtiar Kerajaan Madani buat rakyat. 

Beliau pada pertemuan itu turut menjawab pelbagai pertanyaan meliputi beberapa perkara, antaranya soal penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Manama, peluang pekerjaan, pelaburan dan kewangan Islam, termasuk isu politik tempatan.

“Saya juga titipkan pesan buat mereka agar senantiasa menjaga imej negara selain perlu mencari kesempatan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai perkara khususnya ilmu dan perubahan baru agar tidak terperangkap dengan pemikiran lapuk.

“Saya percaya pengalaman dan semangat luar biasa mereka di luar negara dapat kita gunakan untuk membangun sebuah negara Madani yang berjaya dari segi ekonomi dengan budaya yang dinamik, berbilang kaum, dan berbilang agama,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad