web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Peniaga Makanan, Penganggur Dicekup Polis 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2025 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis di kawasan perumahan Wakat Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata permohonan reman terhadap suspek yang juga penganggur dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Turut dirampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokuman bagi membantu siasatan.

"Dengan tertangkapnya suspek ini polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan peniaga berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengucapkan terima kasih kepada lbu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu yang membantu mengesan dan menangkap suspek.

Sebelum ini media melaporkan mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan Norshamira Zainal, 37, ditemukan pada 13 Februari di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Menurut Yahaya, terdapat kesan kecederaan di badan mangsa dan siasatan mendapati barang kemas wanita itu juga hilang.

Kejadian malang menimpa ibu kepada seorang anak lelaki itu turut mendapat perhatian sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu suspek terlibat diberkas segera dan hukuman setimpal dikenakan jika disabitkan kesalahan membunuh.

Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan melawat keluarga mangsa di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad