web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tembak Di Setia Alam: Elak Spekulasi, Jangan Timbulkan Keresahan Awam - KPN 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2025 3:40PM

Pusat beli belah di Setia Alam ini gempar seketika susulan kes tembak malam tadi - Gambar BERNAMA

oleh

abbyhakka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sebarang spekulasi berkenaan kes itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

"Kami faham bahawa timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat susulan kes ini, namun kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razarudin Husain - Gambar fail
Razarudin Husain - Gambar fail

Sementara itu, Razarudin berkata kawalan keselamatan di pusat beli-belah dan lokasi tumpuan umum di seluruh negara kini akan diperketatkan susulan kejadian di itu.

Katanya, anggota polis bantuan dan pengawal keselamatan di lokasi kejadian juga sudah diarahkan sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan.

Terkini, Razarudin memaklumkan bahawa polis Selangor telah mengenal pasti suspek dan pelbagai elemen polis sedang berada di lapangan untuk mengesan keberadaannya.

"Kami juga telah memaklumkan kepada polis di negeri-negeri jiran serta pihak berkuasa di sempadan untuk turut berwaspada," katanya.

Media semalam melaporkan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam, yang menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan hari ini dilaporkan berkata, suspek yang sedang diburu itu adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an, berkulit cerah dan mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar