web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cederakan Isteri, Suami Zahnita Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2024 2:39PM

Selain mencederakan isteri, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor (tengah) turut berdepan tuduhan menggunakan dadah - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Suami kepada bekas model dan pelakon Zahnita Wilson didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.

Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, di sebuah rumah di lorong Indera Mankota di sini kira-kira 8.20 pagi, 7 Mei lepas.

Kontraktor kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya B.Deevagaran Naidu menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Muhammad Amirull Afiqa Mohamad Lokman mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung empat anak termasuk seorang autistik dan ibunya berusia 71 tahun yang menghidap sakit jantung.

Majistret Tengku Eliana Tengku Kamaruzaman membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari tahun depan untuk sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Abd Zackery Ghouse didakwa menggunakan dadah di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, lbu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pada 5.45 petang, 2 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 38B akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan diwajibkan pengawasan tidak kurang dua tahun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM2,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Februari 2025 untuk sebutan bagi mendapatkan semula laporan patologi kes.

Zahnita sebelum ini mengejutkan peminatnya apabila memuat naik dua foto mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad