web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Didakwa Tipu Bagi Dapatkan Gelaran 'Dato'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2024 4:15PM

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mankamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.

Khoo Keik Sing, 50, didakwa menipu Teo Yun Hock, 48, dengan menawarkan untuk membantu mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Dato' yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM100,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya di sini antara 1 Oktober dan 28 Disember 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Tio Poh Heng yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan merupakan Orang Kurang Upaya yang mempunyai masalah pendengaran selain menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

"Anak guam saya juga menanggung keluarga iaitu isteri, seorang anak yang masih belajar serta ibu yang uzur," katanya.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha membenarkan tertuduh dilkat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad