web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2024 6:18PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang doktor pakar perubatan kecemasan bersama anggota paramedik serta juruteknik perubatan kecemasan sedang dalam perjalanan mengiringi Seri Paduka Baginda ketika kejadian berlaku.

"Sebaik melihat kemalangan itu, doktor bersama pasukan perubatan peribadi Seri Paduka Baginda segera memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua lelaki terbabit.

"Seorang daripada mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan menggunakan ambulans peribadi Seri Paduka Baginda," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut ambulans peribadi milik Sultan Ibrahim dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal, termasuk mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED), dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Selain itu, ambulans tersebut turut dilengkapi peralatan untuk rawatan luka akibat kebakaran serta peralatan asas kecemasan akibat kemalangan jalan raya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar