web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi SAR Hari Kedua Ditangguhkan, Tiada Petunjuk Baharu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2024 8:08AM

Anggota Bomba menjalankan pemeriksaan di dalam lubang di Masjid India, di mana seorang wanita warganegara India dipercayai terjatuh sebelum tertimbus oleh tanah mendap. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh di dalam lubang ekoran kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, ditangguhkan selepas tiada petunjuk baharu ditemukan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pasukan penyelamat sudah menjalankan pencarian di enam lurang kumbahan sekitar lokasi dan di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam semalam.

"Hasil pencarian hingga 7 malam tadi tidak menemukan sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

"Pada masa sama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam dan IWK akan berbincang bagi melakukan pencarian di lokasi awal (Jalan Masjid India)," katanya pada sidang media di lokasi kejadian malam tadi.

Sulizmie Affendy berkata lokasi pencarian masih tertumpu di enam lurang terbabit termasuk di loji kumbahan IWK Pantai Dalam.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak bercadang meluaskan kawasan pencarian ke lokasi lain kerana tempat mangsa terjatuh membabitkan laluan di enam lurang kumbahan berkenaan.

"Kita tidak akan keluar daripada skop pencarian dan akan melaksanakan tindakan yang difikirkan kemungkinan mangsa berada di situ," katanya.

Terdahulu, Sulizmie Affendy berkata enam lurang kumbahan sekitar insiden tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini dibuka sejak pagi semalam secara berperingkat bagi meluaskan kawasan pencarian.

Enam lokasi itu ialah di Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan Bulatan Kinabalu.

Dalam kejadian pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan untuk menuju ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa Tanah Jerlus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar