web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa Tanah Jerlus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2024 8:21AM

Suami kepada mangsa tanah mendap, warga India Mathavan (dua dari kanan), menunggu di lokasi kejadian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai operasi SAR isterinya yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – "Saya terkilan sebab ibu tidak sempat lihat tatu yang saya buat di tangan khas untuknya," itu luahan anak kepada mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dekat sini yang masih belum ditemukan pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR), semalam.

M. Suria, 25, yang dalam keadaan sugul berkongsi kepada Bernama bahawa tatu nama ibunya, Vijayaletchumy dicacah pada lengan kiri ketika percutiannya di Thailand baru-baru ini.

"Ibu segalanya untuk saya, apa jua saya lakukan semua untuknya...sebab itu bila saya cacah tatu di tangan ini, nama beliau adalah pertama yang terlintas di fikiran saya.

"Tapi saya tak sangka ini yang terjadi... saya tak sempat tunjuk betapa sayangnya saya pada ibu," katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemahkan oleh rakan penulis.

Suria berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan ibunya adalah pada awal pagi hari kejadian.

"Saya hubungi dia pukul 1.30 pagi pada hari kejadian dan beritahu saya mencacah tatu nama dia...ibu sangat gembira dan saya dapat rasakan nada gembira melalui suaranya itu.

"Pada pagi sebelum ibu jatuh, dia ada menghubungi saya, tetapi disebabkan telefon saya kehabisan bateri saya tidak dapat bercakap dengannya," katanya.

Beliau berkata, kejadian yang menimpa ibunya berusia 48 tahun itu hanya diketahui selepas dimaklumkan abang ipar pada pagi Jumaat lepas.

Sejurus mendapat maklumat itu, Suria terus bergegas masuk ke negara ini dari Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam di Kedah dan menempuh lebih 476 kilometer untuk ke ibu negara.

"Saya tidak berfikir panjang dan mengambil pengangkutan e-panggilan dari Changlun, Kedah ke Kuala Lumpur yang menelan kos RM600," katanya.

Menurut Suria, beliau dan keluarga berharap jasad ibunya ditemukan segera dan mahu disemadikan di kampung mereka di Kuppam, Andhra, India.

"Saya tidak mahu ibu terseksa, sudah lima hari kejadian dan kami sudah reda," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati Suria dan bapanya serta beberapa ahli keluarga sering berada di lokasi kejadian bagi mengetahui perkembangan pencarian.

Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian. – BERNAMA


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad