web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Jadi Tumpuan Media Global

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2024 12:20PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara semalam merupakan upacara gilang-gemilang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan dilaporkan secara meluas oleh media antarabangsa.

Di Singapura, platform berbahasa Melayu Mediacorp, Berita bukan sahaja menyiarkan berita yang dihasilkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) tetapi turut berkongsi laporan bergambar di laman media sosialnya.

CNA menghasilkan laporan video berita terperinci mengenai istiadat itu yang dihadiri oleh ratusan tetamu, termasuk Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching. Istiadat pertabalan itu juga mendapat liputan SPH Media, Berita Harian Singapura dan The Straits Times (ST).

Agensi Berita China Xinhua menonjolkan istiadat pertabalan itu dengan menyatakan keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.

Dalam laporannya, Xinhua menyebut titah diraja Sultan Ibrahim, di mana baginda bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.

Akhbar dalam talian British, The Independent turut membuat liputan mengenai pertabalan dengan memberi tumpuan kepada latar belakang Seri Paduka Baginda.

The Independent menjelaskan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan jawatan Ketua Utama Negara akan digilirkan setiap lima tahun.

Associated Press (AP) memberikan gambaran keseluruhan mengenai pertabalan dengan tajuk, "What to know about Malaysia's coronation of its King, Sultan Ibrahim Iskandar," memfokuskan kepada peranan Yang di-Pertuan Agong dan latar belakang Sultan Ibrahim. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Tembusi Pasaran Global: Industri Kreatif Digesa Manfaatkan Khazanah Warisan Sastera Negara

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Fatia Artis Global Pertama Naungan TikTok!

3

Gaya 4 tahun yang lalu

#KLFW2021 Koleksi Ini Guna Plastik Terpakai!

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Paramapatham' Raih 18 Anugerah Antarabangsa!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad