web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#KLFW2021 Koleksi Ini Guna Plastik Terpakai!

Dari laut ke pentas fesyen, Hatta Dolmat nekad banteras pencemaran plastik di lautan melalui Koleksi Ocean’US.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 11:28AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut data Alam Flora, rakyat Malaysia menghasilkan 38,000 sampah setiap hari dan 13.2% daripada jumlah tersebut adalah sisa plastik. Di peringkat global, sekitar 335 juta tan metrik plastik direkodkan setiap tahun. 

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) mendapati di peringkat global, pencemaran plastik merupakan masalah alam sekitar yang sangat membimbangkan. UNEP menganggarkan 100 juta tan plastik kini berada di lautan. 

Kebiasaannya, industri fesyen pula menghasilkan fabrik dan kain dengan menggunakan bahan plastik poliester. Fabrik jenis ini bersifat kuat, tahan, anti remuk dan menjadikannya ideal untuk kegunaan harian. 

Malangnya, sebanyak 60 juta tan poliester asli setahun diperlukan demi menghasilkan fabrik poliester  ini. Sehubungan itu, Hatta Dolmat bersama KLYDA , KLOTH Cares dan Ocean Hero Conservation (OHC) sebulat suara mengambil keputusan bagi mengatasi permasalahan ini.

Hatta Dolmat menggunakan sisa plastik di lautan untuk dijadikan bahan ganti bagi poliester asli bagi menghasilkan Koleksi Ocean’US sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (#KLFW2021).

Ya, koleksi fesyen terbaharu Hatta Dolmat ini direka sepenuhnya dengan konsep lestari  menggunakan sisa-sisa plastik terpakai yang dikutip secara langsung dari lautan!

“Kita perlu menyokong kegiatan yang menggabungkan elemen sosial dan alam sekitar. Jika anda melihat pengeluaran tekstil oleh industri fesyen secara amnya, kita akan dapati bahan pencemaran ini dibuang terus ke saluran air (sungai). 

“Saya ingin membuktikan bahawa kami adalah berbeza!” ucap Hatta Dolmat penuh semangat selepas koleksinya itu secara rasminya diperagakan di #KLFW2021 lalu.

Paling menarik, Hatta Dolmat berganding bahu dengan KLOTH Cares dan OHC mengutip sendiri sisa-sisa plastik dari lautan ini di pantai sekitar Selangor. Kemudian, sisa-sisa plastik tersebut dihantar ke kilang di China untuk dijadikan fabrik 100% kitar semula.

Menerusi #KLFW2021, Hatta Dolmat mempersembahkan motif batik canting pertamanya untuk Koleksi Ocean’US ini. Dengan pelaksanaan koleksi ini, negara kita menjadi antara negara pertama yang menghasilkan batik secara ekologi.

Hatta Dolmat turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi mempromosikan batik melalui koleksi lestarinya ini. Secara tidak langsung, ia turut mempromosi pantai-pantai dan pulau-pulau indah di Malaysia melalui kaedah fesyen yang mampan ini. - Getaran, 9 November 2021

Gambar: Hatta Dolmat

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad