Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Soalan Bersama Hatta Dolmat: Tentang Fesyen Lestari

Sepetang bersama Hatta Dolmat, berbicara tentang fesyen lestari, pelapis fesyen dan masa hadapan industri fesyen negara kala wabak COVID-19.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 8:59AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fesyen lestari atau dikenali juga sebagai ekofesyen adalah satu gerakan sosial yang mendorong kepada perubahan sistem fesyen ke arah lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. 

Fesyen lestari bukan sekadar fesyen ‘kitar semula’ yang bersifat sementara, melainkan ia membahas keseluruhan sistem tentang penghasilan, jenis material dan cara penjualannya. 

Ini bermakna fesyen lestari itu mencakupi segala macam hal berkaitan sosial, budaya, ekologi dan pasaran yang saling bergantungan dan bukan semata-mata tentang alam sekitar amnya.

Konsep fesyen lestari ini bukanlah satu konsep yang asing di industri fesyen luar negara, tetapi tampaknya konsep ini masih belum lagi berkembang di industri fesyen tanah air.

Atas alasan ini, pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat (39) menyahut cabaran untuk menerapkan konsep fesyen lestari di Malaysia, sehingga dia berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Pereka Fesyen Lestari Pertama Negara oleh Malaysia Book of Record.

Meneruskan legasi, Hatta turut berganding bahu bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menganjurkan acara sulung KL Young Designer Award (KLYDA).

Bertemakan Exclusive Finest Sustainable Garment, pertandingan ini merupakan pentas mencungkil bakat muda bagi mengembang dan mempamerkan kreativiti rekaan fesyen, cerita, harapan serta pandangan mereka berdasarkan prospek alam sekitar.

Ikuti temu ramah eksklusif kami bersama Hatta Dolmat, berbicara tentang fesyen lestari, pelapis fesyen tempatan dan masa hadapan industri fesyen negara kala pandemik, seperti yang tertera:

Dengan tema kelestarian, mengapa anda anjurkan KLYDA?

KLYDA adalah pentas pertandingan untuk meraikan pereka fesyen pelapis tempatan. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar atau lepasan jurusan fesyen dan pereka fesyen muda di Malaysia.

Pada 2020, saya telah menghasilkan koleksi fesyen lestari untuk Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW). Ia mendapat sambutan yang sangat baik oleh masyarakat dan media. Oleh itu, saya mahukan perkara ini diturunkan pula dan sampai kepada pelapis-pelapis fesyen akan datang. 

Apa yang saya mahukan untuk KLYDA adalah objektif yang selari dengan prinsip Rukun Negara. Memberi satu pandangan fesyen baru yang berhubung rapat dengan negara kita. Yang boleh dipandang megah di masa mendatang. 

Fesyen di peringkat global itu besar. Ia menyumbang kepada ekonomi negara. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat fesyen ini tertutup. Sebenarnya, tanggungjawab kita sebagai pereka fesyen adalah kepada masyarakat dan negara. 

Bagaimana tercetusnya idea untuk membangunkan projek ini?

Jika diimbau kembali 16 tahun lalu di awal penglibatan saya dalam bidang fesyen, terdapat banyak pertandingan yang diadakan untuk pelajar dan pereka fesyen muda. Namun, sejak kebelakangan ini, saya tidak nampak lagi perkara-perkara sebegini dijalankan.

Kekangan ini membuatkan mereka seakan-akan tersekat dengan hanya melihat kiblat fesyen pada selebriti, butik dan trend di Instagram. Semua mahu membuat perkara yang sama. Jadi, saya rasa terpanggil untuk mewujudkan satu pentas untuk mereka menzahirkan karya mereka.

Saya mahu memberi pengajaran dan peluang kepada pereka-pereka muda ini. Saya mahu mengajar mereka tentang sustainable fesyen atau fesyen lestari. Di peringkat global, isu kelestarian ini memang sudah banyak diperkatakan tetapi tampaknya kurang di negara kita.

Apa manfaat kepada mereka yang menyertai KLYDA?

Setakat ini kita dalam proses mengumpul peserta-peserta. Ini tahun pertama saya anjurkan pertandingan seperti ini. Masih banyak yang saya perlu pelajari dan perhalusi. Misalnya, tahap penerimaan dan kefahaman mereka tentang isu kelestarian. Apa yang mereka faham?

Dari lakaran yang mereka hasilkan, dengan kain-kain yang digunakan. Kita boleh tahu di mana tahap pengetahuan fesyen mereka. Apakah perlu diajar? Saya tahu subjek lestari ini tidak diajarkan di mana-mana sukatan pelajaran, sama ada di IPTA atau IPTS.

Jadi ia perkara baru dalam industri fesyen kita. Pada awalnya, saya rasa ia isu yang berat untuk diketengahkan, tetapi apabila pelajar-pelajar ini berani menyahut cabaran ini, saya rasa mereka sangat berani. Generasi sekarang lebih terbuka dan berani bereksperimentasi. 

Bagaimana anda menyuntik elemen fesyen lestari ke dalam projek ini?

Kami menggunakan sisa tekstil. Menurut data yang saya perolehi daripada pihak kerajaan, sebanyak 195,300 tan sisa tekstil terhimpun di tapak pelupusan di seluruh negara. Jadi kami berkolaborasi dengan Kloth Cares selaku penyumbang kain terpakai untuk projek KLYDA. 

Saya mahu pelajar-pelajar ini tahu fesyen lestari ini bukanlah fesyen yang diperbuat daripada botol-botol dan tin-tin kosong, yang biasa dibuat semasa projek sekolah dahulu. Kita tidak mahu mereka mencipta pakaian yang tidak boleh dipakai.

Kita mahu mereka tahu bahan-bahan lestari ini boleh menghasilkan pakaian baru. Pakaian yang boleh dipakai, yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. KLYDA ini berbeza dengan pertandingan fesyen yang pernah ada kerana harus menghasilkan pakaian lestari sebenar.

Pelajar-pelajar ini boleh menggunakan kain-kain terpakai yang ada di rumah mereka. Kain-kain terpakai itu seperti baju lama, kain langsir, kain pelikat, cadar, kusyen dan macam-macam lagi. Sebagai peserta, mereka perlu memandang pertandingan ini dengan penuh misi dan kreatif.

Jangan buang kain, kita boleh menghasilkan sesuatu yang berguna daripadanya. Misalnya, baju, seluar, beg atau aksesori. 

Harapan Hatta terhadap industri fesyen negara kala wabak COVID-19 ini.

Wabak ini telah berlangsung hampir dua tahun. Sebagai pereka fesyen senior atau pemain industri, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita memperbanyakkan dan menjelajahi kemahiran diri. Pada saat wabak ini, jangan kuncupkan kemahiran fesyen kita.

Misalnya, dengan hanya menerima tempahan baju raya atau perkahwinan sahaja. Sudah dua tahun, sepatutnya kita sebagai pereka fesyen harus mengadaptasi untuk berevolusi. Jangan tertakluk kepada rekaan baju dan busana semata-mata. Kamu harus berani bereksperimentasi. 

Contohnya, macam saya lakukan sekarang, berkolaborasi fesyen bersama agensi kerajaan, lakukan pertandingan bersama pelajar-pelajar fesyen universiti. Tidak pernah terfikir sebelum ini untuk saya mengeluarkan koleksi aksesori, tetapi akhirnya saya berjaya juga hasilkan.

Luaskan kemahiran fesyen kamu. Hasilkan aksesori seperti beg, tudung atau pelitup muka. Jika di luar bidang fesyen pun tidak mengapa. Lakukan apa sahaja untuk ‘hidup’ pada zaman wabak ini. Jangan malu. Buang rasa malu. Sekarang bukan masanya untuk kita bermewah-mewah. 

Percaya pada kemampuan diri. Itu yang paling penting untuk kita, pereka fesyen bagi mengharungi zaman wabak yang tidak menentu ini. - Getaran, 21 Ogos 2021

Semua gambar: Hatta Dolmat

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Biarpun Baju Ala K-Pop Dikritik Juri, Tomok Tetap Dapat Nombor Satu, Akui Tak Kecil Hati

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Hasil Lukisan Tangan Sendiri, Hatta Dolmat Persembahkan Koleksi Lestari Di #KLFW2022

3

Gaya 1 tahun yang lalu

The Show: Fesyen Lestari Masa Hadapan Kita!

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Lestarikan Alam Sekitar Menerusi Fesyen - Hatta Dolmat

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi