web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lestarikan Alam Sekitar Menerusi Fesyen - Hatta Dolmat

Seramai tujuh finalis Miss Universe Malaysia 2022 turut bersama-sama menjayakan kempen melestarikan alam sekitar membersihkan pantai dengan mengutip sisa plastik di sekitar pantai Port Dickson menerusi program Ocean’Us Sustainable Ecotourism Beach Clean Up 2022.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 3:50PM

Gambar Instagram Hatta Dolmat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen Hatta Dolmat sekali lagi akan tampil dengan kelainan tersendiri menggayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.

Hatta berkata sebagai persiapan bagi pementasan pertunjukan fesyen itu nanti, seramai tujuh finalis Miss Universe Malaysia 2022 turut bersama-sama menjayakan kempen melestarikan alam sekitar membersihkan pantai dengan mengutip sisa plastik di sekitar pantai Port Dickson menerusi program Ocean’Us Sustainable Ecotourism Beach Clean Up 2022.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Beliau berkata program anjuran kali kedua bersama Ocean Hero Conservation itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan fesyen dalam melestarikan alam sekitar bagi mengurangkan pembuangan sisa plastik di kawasan pantai.

“Sebelum ini koleksi yang saya cipta lebih menyasarkan golongan muda, tapi kali ini kita akan bawakan pembaharuan yang lebih segar dan mesra semua peringkat umur terutamanya golongan dewasa dan korporat.

“Hasil kutipan semalam kami dapat mengumpul dan mengasingkan sembilan guni bersaiz besar berisi 96 sisa botol plastik dan terdapat juga sisa lain seperti styrofoam, pelitup muka dan lain-lain. Anggaran 14 meter kain dapat dihasilkan daripada 96 botol plastik yang diperoleh,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata sisa botol plastik yang dikumpulkan pada program tersebut akan disusun, kemudian dipilih sebelum dihantar kepada KLOTH Cares untuk diproses menjadi fabrik.

Katanya, antara produk yang dapat dihasilkan adalah pakaian lengkap, beg, kasut, topi dan sebagainya. 

"Bagi golongan korporat, saya akan menghasilkan pakaian yang bersesuaian untuk mereka seperti blazer, kasut dan pelbagai lagi yang lebih ‘high fashion’ menggunakan fabrik kitar semula ini,” katanya.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata inisiatif program seperti ini dapat merancakkan ekonomi pelancongan negara kerana trend masyarakat kini yang lebih mementingkan kebersihan alam sekitar.

“Malaysia terkenal dengan ekopelancongan. Program kesedaran seperti ini penting kepada masyarakat agar sektor pelancongan negara dapat dipertingkatkan,” katanya.

Iskandar Mirza berkata Tourism Malaysia sedang giat mempromosikan pakej pelancongan negara ini ke India dan negara-negara Asia Barat sebagai usaha meningkatkan semula sektor itu.

“Ia selaras dengan sasaran dua juta pelancong asing yang dijangka melawat negara pada tahun ini. Kedatangan pelancong luar untuk bercuti ke negara ini juga semakin bertambah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 27.3 Juta Pelancong Asing Tahun Ini Dapat Dicapai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cipta Kandungan Video Produk Pelancongan Antara Tugasan Peserta TOMER 2023

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad