web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tourism Malaysia Yakin Sasaran 27.3 Juta Pelancong Asing Tahun Ini Dapat Dicapai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 8:12PM

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Tourism Malaysia yakin sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong asing bagi tahun ini dapat dicapai disokong oleh faktor-faktor seperti pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa Sewa Khas kepada syarikat penerbangan, Pelan Liberalisasi Visa dan promosi pelancongan yang diperhebat di luar negara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, pada tahun lepas lebih 20 juta pelancong asing datang ke Malaysia, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 19.1 juta pelancong.

"Kita menggalakkan lebih banyak penerbangan sewa khas datang ke Malaysia dan usaha ini akan kita teruskan sebab kita faham dan tahu yang kita memerlukan laluan baharu serta kekerapan penerbangan lebih banyak supaya kita dapat capai sasaran pelancong yang kita tetapkan.

Kita berharap dengan adanya insentif (Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa Sewa Khas) yang kita berikan kepada syarikat- syarikat penerbangan, kita akan mendapat lebih banyak penerbangan sewa khas untuk datang ke Malaysia, bukan saja ke Kuala Lumpur, tetapi juga ke Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Tawau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bagi menyambut ketibaan penerbangan sulung Malaysia Airlines bagi laluan Kuala Lumpur- Shenyang Taoxian International Airport, Shenyang, Liaoning, China di sini hari ini.

Ammar berkata, pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa Sewa Khas kepada syarikat penerbangan tertakluk kepada beberapa syarat antaranya kekerapan penerbangan, pertambahan laluan baharu dan penggunaan penerbangan sewa khas.

"Mana-mana syarikat penerbangan yang ingin mengadakan tambahan kekerapan, seperti kalau sebelum ni dia buat dua penerbangan seminggu tapi sekarang dia nak buat empat kali penerbangan dalam seminggu, kita juga beri insentif kepada mereka.

Kita akan berusaha untuk tambah lagi program yang kita ada untuk penerbangan sewa khas kerana kita nampak ia beri kesan yang positif (pertambahan kedatangan pelancong)," katanya sambil menambah kira-kira 40 penerbangan sewa khas direkodkan datang ke Malaysia sejak Januari hingga kini.

Mengenai Program Liberalisasi Visa, Ammar berkata, bermula 1 Disember yang lalu, kerajaan membenarkan kemasukan tanpa visa kepada warga China dan India, sekali gus memberi lonjakan kedatangan pelancong dari China.

"Pengumuman kemasukan tanpa visa untuk pelancong China berkuat kuasa 1 Disember 2023 telah mendorong pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari China.

Trip.com melaporkan Malaysia akan menerima 53.9 peratus kenaikan kemasukan pelancong ke Malaysia untuk Tahun Baharu Cina 2024 berbanding tahun lepas," katanya sambil menambah Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan kira-kira 200,000 pelancong China sebulan datang ke Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cipta Kandungan Video Produk Pelancongan Antara Tugasan Peserta TOMER 2023

3

Jelajah 3 tahun yang lalu

48 Pakej Pelancongan Lembah Lenggong Dilancar Meriahkan TMP2024

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MOTAC Berjaya Tarik 450,000 Pelancong China Semasa Lawatan PM

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar