web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cipta Kandungan Video Produk Pelancongan Antara Tugasan Peserta TOMER 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 12:30PM

Anjung Floria di Putrajaya adalah antara tempat pemeriksaan bagi peserta Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023. gambar FB Perbadanan Putrajaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menghasilkan kandungan video promosi produk pelancongan di sekitar Putrajaya dan Selangor adalah antara tugasan yang perlu dipenuhi oleh 80 peserta Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023.

Ketua Pengarah, Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan perlu memuat naik video kreatif yang dihasilkan berkaitan produk pelancongan di setiap check-point melalui akaun media sosial masing-masing.

"Kita buat konsep explore and expose (teroka dan pendedahan). Kita mahu peserta bukan sahaja menjawab soalan treasure hunt dan menyelesaikan cabaran yang diberi, tapi kita mahu mereka juga turut sama mempromosikan produk pelancongan yang ada di Putrajaya dan Sepang.

"Terdapat banyak tempat menarik yang ada di sekitar kita cuma mungkin kurang diketahui orang ramai," katanya kepada BERNAMA selepas melakukan pelepasan 20 kenderaan peserta TOMER 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata, TOMER 2023 yang memasuki tahun kedua penganjurannya, turut menyaksikan penyertaan lima pasukan media antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei.

Dalam cabaran kali ini, katanya, peserta akan menempuh misi kembara dan eksplorasi harta karun di Putrajaya serta menjelajah laluan persisiran pantai di Selangor secara berkumpulan dengan menaiki kereta tajaan Perodua.

Antara lapan hentian check-point di sepanjang laluan sekitar Putrajaya adalah Dataran Putra, Astaka Morocco, Wetland Studio, Kompleks Nasyrul Quran, Anjung Floria, Taman Ekuestrian, Secret Garden Putrajaya dan Tangga Putrajaya.

Di Selangor pula, peserta akan melalui enam check-point iaitu Homestay Banghuris, Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib, Pantai Kelanang, Istana Bandar Jugra dan Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey.

"Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026, Tourism Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

'Menerusi penganjuran TOMER 2023, publisiti untuk produk-produk pelancongan juga dapat ditingkatkan, selain memperkukuh kerjasama awam-swasta bagi menjadikan Malaysia sebagai satu daripada destinasi pelancongan pilihan di rantau ini," katanya.

TOMER 2023 yang diadakan selama tiga hari dua malam, dianjurkan menerusi kerjasama strategik antara Tourism Malaysia bersama PERODUA, Perbadanan Putrajaya dan Tourism Selangor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 27.3 Juta Pelancong Asing Tahun Ini Dapat Dicapai

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad