web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOTAC Berjaya Tarik 450,000 Pelancong China Semasa Lawatan PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 12:14PM

Tiong King Sing - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berjaya menarik 450,000 pelancong dari China selepas menandatangani dua perjanjian semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, bulan lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata kejayaan itu adalah hasil promosi Tourism Malaysia yang dilakukan semasa lawatan bersama Perdana Menteri ke Beijing, China pada 29 Mac lalu.

“Sewaktu kami membuat promosi tentang Malaysia di Beijing, ada beberapa agensi pelancongan yang berjaya kami jumpa dan setakat ini yang sudah menandatangani perjanjian dua syarikat. Satu syarikat akan membawa 350,000 pelancong dan satu lagi akan membawa 100,000 pelancong manakala yang selebihnya masih dalam proses penyediaan dokumentasi.

“Oleh itu ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan iaitu berhubung visa dan tempat duduk kapal terbang. Kami akan adakan beberapa siri perbincangan bersama syarikat penerbangan, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri tentang perkara tersebut,” katanya pada majlis Iftar Menteri Pelancongan Seni dan Budaya bersama diplomat asing di sini, semalam.

Beliau berkata perkara itu adalah antara usaha kementerian berkenaan dalam mencapai sasaran 5 juta pelancong dari negara China pada tahun ini.

Pada majlis itu, selain mempamerkan masakan Malaysia, ia turut mengetengahkan unsur seni dan budaya tempatan antaranya persembahan alat muzik tradisional gambus dan sape serta pameran kraftangan songket, batik dan ukiran kayu tempatan oleh Kraftangan Malaysia.

King Sing berkata dalam bulan penuh keberkatan ini, beliau amat bersyukur kerana dapat menganjurkan majlis tersebut.

“Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam memperkukuh lagi kerjasama dalam memasarkan dan mempromosikan penawaran pelancongan negara kita kepada dunia terutamanya dalam persiapan Tahun Melawat Malaysia (VMY) pada 2025,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad