web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hatta Dolmat Pereka Fesyen Lestari Pertama Negara

Malaysia Book of Record menobatkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap yang berasaskan kelestarian dan mesra alam.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengambil kira aspek alam sekitar, Hatta Dolmat mengorak langkah dengan menghasilkan koleksi lengkap secara lestari sehingga mendapat pengiktirafan sebagai ‘Pereka Fesyen Lestari’ pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Record. 

Dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa kain di tapak pelupusan, Hatta menitipkan rasa syukur dan terima kasih kepada Malaysia Book of Record di atas penganugerahan yang diberikan. 

“Pertama kali saya memperkenalkan koleksi aksesori dan beg yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula sebagai sebahagian portfolio pada 2020.”

“Ia bagi memenuhi kehendak komuniti dan penggemar jenama saya yang mencari-cari produk tahan lama dan mampu milik, tetapi masih memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan aktif seharian,” kata Hatta. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hatta Dolmat Design ini juga berkata, “Saya melakukan perbandingan dan kajian mendalam mengenai harga, kualiti, motif, corak dan identiti sesuatu produk dan mendapat pemahaman lebih mendalam tentangnya.”

“Tentang bagaimana tabiat pelanggan saya menggunakan produk Hatta Dolmat memberi kesan kepada proses rekaan, motif, reka cipta, jahitan dan penghasilan. Akhirnya membawa kepada koleksi aksesori dan hijab HD Monogram yang premium namun mampu milik,” ucapnya. 

Hatta juga bakal melancarkan koleksi tudung dan pelitup muka ekslusif, hasil kerjasama strategik antara Hatta Dolmat Design dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre. Hampir 200 botol plastik dikitar semula bagi menghasilkan fabrik untuk koleksi ini.

Koleksi aksesori, beg dan hijab yang berada di bawah jenama Hatta Dolmat ini boleh didapati di laman sesawang rasmi hattadolmat.net. – Getaran, 27 April 2021

Semua gambar: Hatta Dolmat Design

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad