web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Show: Fesyen Lestari Masa Hadapan Kita!

Pelajar Teknologi Reka Fesyen dari Taylor’s University peraga pakaian lestari di ‘The Show’.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 5:00PM

Antara sentuhan kreatif Pelajar Teknologi Reka Fesyen Taylor's University. - Gambar ihsan Taylor's University

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taylor’s University bekerjasama dengan Hatta Dolmat, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk satu pementasan fesyen lestari bertajuk ‘The Show’.

Dikelolakan The Design School, The Show mempersembahkan hampir 60 rekaan busana sedia pakai yang dihasilkan 24 mahasiswa dan mahasiswi Teknologi Reka Fesyen (TRF).

Bertemakan ‘Cinta Bumi’ dan memberi tumpuan kepada unsur kelestarian, acara ini dibahagikan kepada tiga segmen. 

Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University

Antaranya, segmen Seni Eksperimentasi iaitu koleksi yang diperbuat sepenuhnya daripada denim dan potongan kain kitar semula.

Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University

Segmen Fesyen Sifar Buangan pula menggunakan teknik melukis corak inovatif yang menggunakan setiap bahagian tekstil. 

Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University

Seterusnya, segmen Revolusi Fesyen menggunakan semula tekstil daripada bahan buangan. 

Pengarah Program TRF, Maria Sandra Wijaya berkata pementasan ini dijalankan dengan niat yang tepat kerana industri fesyen telah dikenal pasti sebagai pencemar kedua terbesar di dunia.

“Budaya fesyen pantas (fast fashion) merupakan perniagaan yang menguntungkan. Kami sedia maklum tentang kepentingan mendidik pelajar kami tentang fesyen lestari dan teknologi.

“Sebagai pereka fesyen, industri fesyen sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengubah trend ini dengan menjaga alam sekitar bagi memastikan masa hadapan yang lebih cerah,” ucapnya.

Bagi ketiga-tiga segmen, LLCM menyediakan lebih 150kg fabrik dan denim kitar semula untuk digunakan pelajar.

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat (dua dari kiri) turut hadir bersama Andrew Tan dan Melinda Looi. - Gambar ihsan Taylor's University
Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat (dua dari kiri) turut hadir bersama Andrew Tan dan Melinda Looi. - Gambar ihsan Taylor's University

Sebelumnya, pelajar yang terbabit juga diberi peluang bekerjasama dengan pemain industri seperti jurutera alam sekitar, Najah Onn dan pereka lestari, Hatta Dolmat selama 14 minggu.

Mentor-mentor ini menjadi penasihat kepada pelajar dalam menyediakan konsep, membangunkan dan menggayakan busana-busana yang dihasilkan untuk The Show.

Dipamerkan di Mayamode, pertunjukan fesyen ini dianjurkan pelajar TRF dan turut bekerjasama dengan Andrew Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KLFW.

Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University

“Kami berbangga dengan pameran fesyen dan hasil kerja pertama pelajar-pelajar ini. Mereka menunjukkan keupayaan kreatif mereka yang mementingkan unsur lestari pada produk mereka.

“Semestinya mereka mendapat faedah semasa menggunakan kemudahan di Mayamode. Ia membolehkan mereka memanfaatkan teknologi bagi mengurangkan sisa buangan fabrik,” katanya.

Gambar ihsan Taylor's University
Gambar ihsan Taylor's University

Hatta Dolmat turut menambah dia gembira menjadi mentor dan bekerja dengan pelajar-pelajar Taylor’s University.

“Mereka adalah golongan muda yang berinspirasi dan terbuka untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang fesyen lestari. 

“Mereka turut memberi perhatian tentang isu alam sekitar dengan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui hasil rekaan mereka.

“Saya gembira bekerjasama kerana ia memberi peluang untuk saya berkongsi pengalaman industri, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bakal menerajui industri ini,” kata Hatta.

Taylor’s Micro House yang dihias dengan hanya menggunakan kemeja-T kitar semula. - Gambar ihsan Taylor's University
Taylor’s Micro House yang dihias dengan hanya menggunakan kemeja-T kitar semula. - Gambar ihsan Taylor's University

Sempena The Show juga, pelajar Fakulti Seni Bina Dalaman turut bekerjasama dengan pelajar TRF untuk membina Taylor’s Micro House dengan hanya menggunakan kemeja-T kitar semula. - Getaran, 23 Julai 2022

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantar Gajet Lama, Rosak Ke Pusat Pengumpulan E-sisa MCMC - Teo

4

TARA 3 tahun yang lalu

Malaysia Akan Jadi Tuan Rumah New York Couture Fashion Week (CFW NY) Grand Gala 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN