Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fatia Artis Global Pertama Naungan TikTok!

Fatia menampilkan single sulung bertajuk 'My World Too' yang turut digubah oleh komposer terkenal Aubrey Suwito.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 4:16PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah takdir yang tertulis untuk gadis berusia 21 tahun bernama Fatia apabila menjadi artis global pertama platform TikTok dari Malaysia.

Dikenali sebagai @thisisfatia di TikTok, dia banyak meraih pengikut menerusi video duet nyanyiannya. Alunan suaranya yang lembut namun bertenaga dalam video nyanyian semula yang dirakam di bilik tidurnya telah menarik perhatian TikTok.

Dengan kekuatan vokal dan pesona ceria, kehadiran Fatia dan komuniti di TikTok terus berkembang saban hari. 

Tambahan pula, dibesarkan dalam persekitaran irama pop, rock klasik dan muzikal, bakat muzik Fatia telah diasah sedari usia muda. Dia juga mendapat galakan penuh daripada ibu bapanya dan mula menyedari akan bakat yang ada semasa membuat persembahan koir dan pengucapan berirama di sekolah menengah. 

“Kami amat teruja dengan kehadiran Fatia sebagai artis pertama di dunia yang bernaung di bawah TikTok! Dalam pada TikTok terus mencipta nama sebagai lubuk bagi bakat muzik, kami juga komited untuk terus menyokong persada muzik tempatan serta memberi platform kepada artis berbakat seperti Fatia bagi mengetengahkan bakat mereka di mata dunia. 

“Apatah lagi misi kami adalah untuk sentiasa membawa kegembiraan kepada komuniti melalui kreativiti serta ekspresi tanpa had,” kata Ketua Pemasaran Muzik Asia Tenggara TikTok, Sheau Mei Cheah.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur itu juga melancarkan single sulung beliau iaitu 'My Wold Too' yang dihasilkan berdasarkan pengalaman Fatia sendiri yang mencari keberanian untuk membebaskan diri daripada pandangan masyarakat dan kembali menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. 

Diilhamkan oleh gaya vokal ratu pop seperti Taylor Swift, Ariana Grande dan juga artis Malaysia sendiri, Yuna, My World Too menyeru masyarakat untuk sentiasa menjadi diri sendiri serta berani mengukir perjalanan hidup masing-masing.

“Debut ini merupakan langkah pertama saya secara profesional dalam industri muzik dan saya teruja dengan apa yang menantikan saya. TikTok telah memainkan peranan penting dalam mengangkat bakat saya, justeru itu saya amat berbesar hati apabila menjadi artis pertama yang bernaung di bawah TikTok. 

“Sejujurnya, saya memuat turun aplikasi TikTok semasa pandemik untuk  mengekspresikan diri tanpa terlintas walau sedikit pun tindakan tersebut akan membawa saya sejauh ini,” kata Fatia dalam satu kenyataan akhbar.

'My World Too' digubah dan ditulis oleh komposer lagu terkemuka Malaysia, Aubrey Suwito yang menghasilkan karya klasik Malaysia seperti 'Gemilang' serta 'Layarlah Kembali'.

Lagu ini menandakan kerjasama kedua Suwito dengan TikTok, selepas pelancaran 'Perihal Dirimu' pada awal tahun ini antara artis Malaysia, Haikal Farid dan penyanyi merangkap pencipta lagu dari Indonesia, Weswey. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 13 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 17 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN