Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tembusi Pasaran Global: Industri Kreatif Digesa Manfaatkan Khazanah Warisan Sastera Negara

Penerbitan lebih 1,001 kandungan kreatif di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) umpamanya, boleh diterjemah dan diadaptasi ke sebuah karya menarik.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 5:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain industri kreatif negara harus memanfaatkan khazanah warisan sastera negara untuk tampil dengan karya yang lebih menarik agar boleh menembusi pasaran global.

Ketua Program Sarjana Seni Kreatif Pascasiswazah Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Kamarulzaman Taib berkata penerbitan lebih 1,001 kandungan kreatif di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) umpamanya, boleh diterjemah dan diadaptasi ke sebuah karya menarik.

Gambar: Dewan Bahasa dan Pustaka
Gambar: Dewan Bahasa dan Pustaka

"Negara kita kaya dengan pelbagai karya sasterawan dan pemikirannya juga sangat tinggi. Cuba kita gali semula cerita-cerita tradisional seperti hikayat, sastera rakyat, sejarah dan puisi tradisional yang boleh diadaptasi atau direkonstruksikan sebagai sebuah naratif baharu.

"Kita juga ada 12 sasterawan negara yang cukup tinggi nilai pemikirannya melalui pelbagai bahan seperti novel, cerpen dan skrip drama yang boleh kita rujuk dan adaptasikan sebagai kandungan kreatif. Saya yakin DBP sangat mengalu-alukan usaha ini," katanya kepada Bernama.

Gambar: Twitter @cekem55
Gambar: Twitter @cekem55

Beliau berkata sebagai penggiat seni, pemain industri kreatif seharusnya bijak dalam memperkaya khazanah budaya bangsa Malaysia itu sendiri dengan kembali kepada apa yang negara ada, tanpa perlu 'menjaja' budaya orang lain.

Bagi memberikan anjakan paradigma kepada industri kreatif, beliau juga berpendapat industri perfileman Malaysia harus meraikan dan memberi peluang kepada barisan pengkarya muda bagi mencorak industri agar bidang itu terus maju dan berkembang.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa agar pemain industri kreatif negara berani keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

Mahadi J Murat - thoughtsonfilms.com
Mahadi J Murat - thoughtsonfilms.com

Turut sependapat Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA) Prof Dr Mahadi J Murat yang menyifatkan karya filem tempatan perlu mencerminkan identiti Malaysia agar mempunyai nilai pasaran tinggi. 

Katanya sepertimana industri filem Korea, kekuatan sebuah karya daripada pemain industri kreatif negara harus pada originaliti kandungannya agar ia 'berwajah' Malaysia, seterusnya menjadi penyumbang kepada pengkayaan khazanah perfileman dunia, sama seperti yang dilaksanakan di Korea, China, Iran, Perancis dan lain-lain.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) telah memperkenalkan tema dan slogan 'Filem Kita Wajah Kita', sebagai panduan membina hala tuju industri kepada semua pihak sejak awal 1990-an.

Bagaimanapun, idea itu menurutnya seolah-olah semakin dilupakan dan hanya kini kesedaran mengenainya kembali semula selepas melihat negara seperti Korea berjaya membina impak tinggi di festival filem dan televisyen komersial antarabangsa.

Untuk itu, Mahadi yang juga Profesor Pengajian Filem dan Komunikasi di International University of Malaya-Wales (IUMW) menyarankan agar Malaysia mengambil langkah segera dengan membina kerjasama bersama negara serantau dalam usaha mencari jalan menembusi pasaran global.

"Jika kita bersama Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura, Laos dan Kemboja, kita akan mendapat khalayak penonton yang mempunyai sentimen dan budaya hidup yang boleh dikatakan serumpun," katanya yang turut merasakan Malaysia patut melahirkan dasar baharu filem dan kandungan kreatif tempatan untuk rujukan semua pemegang taruh.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures Izzat Hazim pula berpandangan pemain industri yang berjaya menembusi pasaran global berpeluang mempelajari pelbagai kemahiran termasuklah dari segi menghasilkan produk bertaraf antarabangsa, pemasaran dan pengedaran.

"Pengalaman yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan untuk menaik taraf industri di dalam negara kita sendiri. Tambahan pula, pasaran dalam negara tidak besar berbanding pasaran global," katanya.

Dalam pada itu, penerbit Hornbill Films Sdn Bhd Ray Lee berkata proses memajukan industri filem negara tidak terletak di bahu Finas semata-mata sebaliknya melibatkan pelbagai pihak termasuk orang awam memandangkan ia mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 bulan yang lalu

Pesta Bola Ngoca Sasar 35,000 Pengunjung, Perkasa Sektor Pelancongan

2

Budaya 6 bulan yang lalu

Galeri Anak-Anak Sidek Dibuka 1 November

3

Budaya 6 bulan yang lalu

Festival Silat Wariskan Seni Berharga, Tinggalan Untuk Generasi Muda

4

Ekonomi 10 bulan yang lalu

Khazanah Wujud Platform Pelaburan Hijau, Tarik Lebih Banyak Pelaburan - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 15 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN