web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Paramapatham' Raih 18 Anugerah Antarabangsa!

Filem 'Paramapatham' yang mengisahkan ahli arkeologi menemui permainan papan kuno cukup rencah untuk memenangi hati barisan juri.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 1:10PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Tamil tempatan berjudul Paramapatham melakar kejayaan membanggakan apabila meraih 18 anugerah antarabangsa. Ia sekali gus membuktikan bahawa produksi anak tempatan juga mampu menembusi pasaran global. 

Antara trofi yang diungguli Paramapatham adalah bagi kategori Sinematografi Terbaik di Festival Filem Norwegian, Filem Cereka Terbaik (Festival Filem Tagore) dan Penerbit Terbaik (Festival Filem Coimbatore). 

Penghargaan itu diberikan setelah pelakon, penyanyi dan lagu yang dipersembahkan dalam filem ini cukup ramuan untuk melayakkan ia mencuri hati barisan juri industri perfileman antarabangsa.  

Bukan itu sahaja, Paramapatham juga diiktiraf dalam Malaysia Book of Records, Asian World Records dan  Grand Asian Book of World Records sebagai filem tempatan paling banyak menggondol anugerah bertaraf antarabangsa.

Filem arahan Viknes Perrabu dan Thanesh Perrabu ini mengisahkan seorang ahli arkeologi bernama Aroon dan tiga rakannya menemui buah permainan papan yang tertulis perkataan Paramapatham. Ia sebenarnya permainan klasik dari India yang berusia berabad lamanya. Bagi memastikan kesahihan fakta mengenai permainan ini, pasukan produksi mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan kajian. 

Penggambaran filem ini dilakukan di sekitar Kedah, Penang dan Kuala Lumpur. Beberapa bangunan yang mempunyai ciri-ciri seni bina British dipilih untuk menampakkan keaslian beberapa babak dalam filem ini. 

Produksi turut bekerjasama dengan sebuah syarikat di India bagi menghasilkan kesan khas CGI.

Filem ini ditayangkan di pawagam pada April lalu. 

Tahniah kami ucapkan! - Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Jadi Tumpuan Media Global

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN