web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2024 6:10PM

Muhammad Luth Syauqi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Insiden  keropok beracun meragut nyawa seorang lagi kanak-kanak, Muhammad Luth Syauqi, 2 tahun yang juga adik kepada mangsa pertama.

Muhammad Luth disahkan meninggal dunia sekitar jam 1.24 tengah hari tadi di Hospital Pulau Pinang.

Kematian kanak-kanak berkenaan disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal,25.

“Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.

"Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya," katanya, seperti dipetik Harian Metro.

Rabu lalu, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, yang turut termakan keropok beracun itu meninggal dunia di hospital yang sama.

Dua beradik berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sebelum ini selepas termakan keropok yang digaul bersama racun tikus, dipercayai untuk menghalau monyet. 

Insiden tersebut berlaku di Kampung Padang Ubi, Labu Besar dekat Kulim, Kedah. 

Siasatan polis mendapati, dua kanak-kanak malang itu mengambil paket keropok beracun terbabit yang tergantung di dawai besi pagar untuk memerangkap monyet.

Insiden berkenaan disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi sebelum dua beradik terlibat dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.

Susulan kejadian, polis mereman seorang pekebun selama enam hari bagi membantu siasatan. - Getaran, 12 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad