web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Sahabat Didakwa Perdagang Remaja Perempuan Bawah Umur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2024 2:23PM

Dua rakan termasuk remaja perempuan bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua remaja perempuan bawah umur bagi tujuan eksploitasi seks pada Julai lepas. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR – Dua sahabat termasuk seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua remaja perempuan bawah umur bagi tujuan eksploitasi seks pada 2 Julai lepas.

Bagi pertuduhan pertama Shakila Latiff, 25, dan rakannya berumur 17 tahun itu didakwa bersama-sama memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi seks bertempat di sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini pada 6.20 petang, 2 Julai.

Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan perbuatan sama melibatkan seorang lagi remaja perempuan yang berumur 14 tahun di bilik berasingan di hotel sama pada 6.25 petang, tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan boleh disebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Musyiri Peet membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama, manakala RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua.

Kedua-dua tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh menghampiri saksi pendakwaan serta mangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Remaja Dirogol: Henti Spekulasi, ‘Ia Boleh Keruhkan Keadaan’

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Ini Eksploitasi Seksual! Bayi 'Nevermind' Saman Nirvana

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad