web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini Eksploitasi Seksual! Bayi 'Nevermind' Saman Nirvana

Bayi pada kulit album yang cukup ikonik ini mengatakan dia atau penjaganya tidak mendapat pampasan dan kini mengalami tekanan emosi yang teruk.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 2:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ingatkah anda kepada kulit album Nevermind oleh kumpulan grunge legenda, Nirvana? Bayi pada gambar kulit album itu kini mahu menyaman Nirvana atas sebab eksploitasi seksual.

Kulit album yang cukup ikonik itu memaparkan Spencer Elden dari Amerika Syarikat sewaktu dia berusia empat bulan.

Diambil pada tahun 1991, gambar Elden yang tidak berpakaian dan kelihatan seperti cuba mencapai wang kertas pada kail cukup dikenali bukan sahaja oleh para peminat kumpulan Nirvana tapi para peminat budaya pop keseluruhannya.

Album Nevermind terjual sebanyak 30 juta keping dan memuatkan lagu-lagu popular seperti ‘Smells Like Teen Spirit.’

Tuntutan itu menyatakan Elden atau para penjaga sahnya ‘tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau kebenaran untuk menggunakan wajahnya, atau keserupaannya dan sama sekali tidak memberi kebenaran untuk menampilkan gambarnya sebagai aksi pornografi kanak-kanak komersial.’

Elden juga tidak pernah menerima sebarang pampasan untuk gambar itu dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$150,000 (sekitar RM630,000) setiap satu daripada 15 defendan, termasuklah ahli-ahli kugiran yang masih hidup, iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic.

Keluarga penyanyi Kurt Cobain serta jurugambar, Kirk Weddle turut menjadi defendan dalam tuntutan ini.  

‘Dengan kemaluannya yang tidak ditutup, kulit album ini telah menayangkan bahagian intim Elden sejak dia bayi sehingga sekarang,’ tulis tuntutan yang difailkan di California itu.

Akibatnya, Elden dikatakan mengalami tekanan emosi yang teruk dan berpanjangan. Selain itu, dia juga kehilangan upaya mencari pendapatan jangka masa lama.

Wakil kumpulan Nirvana mahupun syarikat rakaman mereka belum memberi apa-apa jawapan kepada tuntutan ini.

Sudah beberapa kali Elden telah mengulang kembali gayanya pada kulit album ini termasuklah untuk ulang tahun ke-25 album Nevermind.

Weddle, jurugambar gambar asal foto ini adalah teman kepada bapa Elden.

Menurut satu temu bual dengan radio NPR pada tahun 2008, mereka mengadakan sebuah parti kolam renang dan gambar-gambar Elden diambil untuk kulit album Nevermind.

Pada waktu itu, Nirvana belum menjadi kumpulan terkenal lagi. Ibu bapa Elden dibayar AS$200 untuk sesi penggambaran itu. – AFP

Gambar: Discog.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Sahabat Didakwa Perdagang Remaja Perempuan Bawah Umur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN