web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Termakan Keropok Beracun Masih Belum Sedar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 5:08PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Dua beradik yang kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah pada Ahad lepas masih belum sedarkan diri dan kritikal setakat ini.

Kedua-dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Ibu mereka Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya Muhammad Akil Syauqi langsung tiada tindak balas badan dan paling kritikal berbanding adiknya dengan kedua-duanya masih koma.

"Menurut doktor yang merawat, abang paling kritikal dan sehingga sekarang masih tiada tindak balas badan langsung, manakala adik pula tekanan darah 'ok', kedua-duanya masih koma sekarang dan saya mohon doa semua untuk anak-anak saya.

"Doktor sedang berusaha sebaik mungkin, doktor sedang beri beberapa jenis ubat termasuk antibiotik, cuma sampai hari ini kedua-duanya masih belum sedar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HPP, di sini hari ini.

Semalam dilaporkan dua beradik lelaki kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Kulim dan Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata ibu kepada dua beradik itu menyedari kejadian pada 11 pagi selepas anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.

Kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan, dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet.

Mengulas lanjut, Nurain berkata ketika ini harapannya agar kedua-dua anaknya itu dapat sembuh segera, namun beliau reda dengan takdir yang telah berlaku.

Beliau juga masih belum memikirkan tindakan yang akan diambil kepada pemilik kebun yang juga jiran mereka yang dipercayai telah menggantung keropok mengandungi racun tikus itu kira-kira 50 meter dari rumah keluarganya.

"Saya tidak fikir nak buat apa, sekarang ini saya hanya fikirkan anak-anak, mungkin selepas anak sihat saya akan buat keputusan. Saya akan bincang dengan keluarga selepas ini, saya serah kepada keluarga," katanya.

Menurut beliau, sebelum ini keropok yang diletakkan racun memang ada diletakkan di kawasan kebun berkenaan namun ia diletakkan di bahagian belakang kebun tersebut.

"Monyet memang banyak di kawasan kebun itu, sekarang pula musim buah-buahan, jadi mungkin pemilik kebun letakkan keropok yang ada racun bagi mengelakkan monyet memusnahkan kebun, tetapi kali ini pemilik letakkan keropok yang ada racun di bahagian depan kebun pula," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Produk Mi Sedaap Mengandungi Racun Perosak Tidak Dijual Di Negara Ini

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad