web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Produk Mi Sedaap Mengandungi Racun Perosak Tidak Dijual Di Negara Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 4:13PM

Dr Noor Hisham berkata mi segera itu ada diimport ke negara ini tetapi tidak melibatkan produk dengan tarikh luput seperti direkodkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera jenama Mi Sedaap keluaran Indonesia yang dikesan mengandungi sejenis racun perosak, ethylene oxide tidak memasuki pasaran negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semakan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mendapat mi segera itu ada diimport ke negara ini tetapi tidak melibatkan produk dengan tarikh luput seperti direkodkan.

“KKM mengambil maklum laporan media mengenai residu ethylene oxide yang dikesan di dalam beberapa perisa produk Mi Sedaap keluaran Indonesia.

“Produk berkenaan adalah Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“FoSIM mengesahkan produk tersebut ada diimport ke negara ini. Bagaimanapun, tiada kemasukan produk terlibat dengan tarikh luput seperti direkodkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, produk keluaran Indonesia itu dilaporkan ditarik balik daripada memasuki pasaran Singapura.

Agensi Makanan Singapura (SFA) sebelum ini menarik balik dua produk Mi Sedaap yang dikesan mengandungi racun perosak, etilena oksida.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq ,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Beradik Termakan Keropok Beracun Masih Belum Sedar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mi Sedaap Selamat Dimakan, Bebas Ethylene Oxide

3

Semasa 3 tahun yang lalu

11 Sampel Mi Sedaap Buatan Indonesia Mengandungi Ethylene Oxide

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad