Berita Terkini

22 minit yang lalu: RUU warga emas dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun hadapan 47 minit yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 47 minit yang lalu: Pasukan SAR temui mayat kanak-kanak berusia 8 tahun di Sungai Bernam 1 jam yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 1 jam yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu

IKUTI KAMI


Mi Sedaap Selamat Dimakan, Bebas Ethylene Oxide

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 3:12PM

Pengeluar Mi Sedaap, Gentle Supreme Sdn Bhd memberi jaminan semua produk mi segera jenama itu yang dijual di Malaysia selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi ethylene oxide - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengeluar Mi Sedaap, Gentle Supreme Sdn Bhd memberi jaminan semua produk mi segera jenama itu yang dijual di Malaysia selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi ethylene oxide.

Pengurus Hal Ehwal Kawal Selianya, Eliza Yanti berkata, syarikat itu juga mematuhi semua keperluan kawal selia di Malaysia dan juga Indonesia.

Malah katanya, tiada ‘perintah aktif dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menarik balik produk Mi Sedaap di pasaran’.

“Produk Mi Sedaap tidak mengandungi sisa racun perosak. Bersama pengilang kami, kami meletakkan kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang ketat di kilang Mi Sedaap kami, termasuk pemeriksaan kualiti menyeluruh pada setiap peringkat sumber bahan mentah dan proses pembuatan yang mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa.

“Ini termasuk ujian komprehensif untuk memastikan setiap paket Mi Sedaap mematuhi semua undang-undang keselamatan makanan yang terpakai, serta standard kualiti dan keselamatan kami yang tinggi sebelum ia sampai kepada pengguna.

“Kenyataan baru-baru ini yang dikeluarkan pada 24 April lalu oleh Jabatan Kesihatan Taipei mengenai produk mi segera yang didapati mengandungi karsinogenik, tidak berkaitan dengan Mi Sedaap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Eliza berkata, syarikat tersebut dan pengilangnya memperoleh pensijilan atau kelulusan daripada pelbagai badan di Malaysia dan Indonesia termasuk Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Sijil Halal dari Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Katanya lagi, beberapa pensijilan lain yang diperoleh termasuk Keizinan daripada Badan Makanan dan Dadah Indonesia; Pensijilan Amalan Pengilangan Baik oleh Agensi Makanan dan Dadah Indonesia; Pensijilan ISO 22000 untuk Pengurusan Keselamatan Makanan Piawaian Antarabangsa; Pensijilan ISO 9001 untuk Pengurusan Kualiti Standard Antarabangsa dan Pensijilan Halal dari Badan Jaminan Produk Halal Indonesia.

Pada 24 April lalu, Jabatan Kesihatan Taipei mendedahkan Ah Lai White Curry Noodles dari Malaysia dan mi segera, Indomie: Special Chicken Flavour keluaran Indonesia mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Bagaimanapun, pada 26 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, etilena oksida dikesan daripada ujian yang dilakukan ke atas 11 sampel Mi Sedaap daripada 36 produk sejak tahun lepas sehingga kini.

“Didapati 11 sampel produk Mi Sedaap mengandungi etilena oksida dan tindakan penguatkuasaan telah diambil. Ini termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk dari pasaran,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan dua produk Mie Sedaap ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

SFA berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk aiskrim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu

Susulan itu, KKM menerusi kenyataan pada 7 Oktober lalu mengesahkan tiada mi segera Sup Pedas Korea dan Ayam Pedas Korea jenama Mie Sedaap keluaran Indonesia yang dilaporkan mengandungi kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak, ada di jual di negara ini.

Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dapatan melalui semakan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mendapati mi segera itu ada dijual di negara ini, namun tidak membabitkan tarikh luput yang ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA).

“KKM mengambil maklum laporan media mengenai kehadiran etilena oksida yang dikesan dalam beberapa perisa produk Mie Sedaap keluaran Indonesia.

“Produk berkenaan adalah mi segera Ayam Pedas Mie Sedaap Korea dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mie Sedaap Sup Pedas Korea dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“FoSIM mengesahkan produk berkenaan ada diimport ke negara ini. Bagaimanapun tiada kemasukan produk terbabit dengan tarikh luput dinyatakan,” katanya. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 hari yang lalu

Ora Good Cat Warna Hijau Pistachio Merancakkan Dunia EV Automotif Malaysia

2

Semasa 3 hari yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

3

Semasa 5 hari yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pengagihan Kerusi PH-BN Kedah Hampir Selesai, Gabung Formula Solid

oleh Aiman Sadiq

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Kawan Semula Tun M, Ini Mesti Sebab Wang - Puad

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita ‘Kantoi’ Curi Rantai Leher Kanak-Kanak Direman Hingga Selasa 

oleh Aiman Sadiq

Politik 1 hari yang lalu

Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

oleh Wartawan Getaran