web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11 Sampel Mi Sedaap Buatan Indonesia Mengandungi Ethylene Oxide

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 1:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu lagi jenama mi segera dari Indonesia, Mi Sedaap dikesan mengandungi ethylene oxide iaitu sejenis racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, racun perosak itu dikesan dalam 11 daripada 36 sampel produk mi segera terbabit menerusi hasil pemantauan dari 2022 sehingga hari ini.

“Lanjutan daripada isu penarikan semula produk Mi Sedaap buatan Indonesia yang mengandungi ethylene oxide pada 2022, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan yang berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun yang diimport.

“Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, didapati 11 sampel produk Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan telah diambil.

Katanya, antara tindakan yang diambil termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 7 Oktober lalu, KKM mengesahkan tiada mi segera Sup Pedas Korea dan Ayam Pedas Korea jenama Mie Sedaap keluaran Indonesia yang dilaporkan mengandungi kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak, ada di jual di negara ini.

Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dapatan melalui semakan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mendapati mi segera itu ada dijual di negara ini, namun tidak membabitkan tarikh luput yang ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA).

“KKM mengambil maklum laporan media mengenai kehadiran etilena oksida yang dikesan dalam beberapa perisa produk Mie Sedaap keluaran Indonesia.

“Produk berkenaan adalah mi segera Ayam Pedas Mie Sedaap Korea dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mie Sedaap Sup Pedas Korea dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“FoSIM mengesahkan produk berkenaan ada diimport ke negara ini. Bagaimanapun tiada kemasukan produk terbabit dengan tarikh luput dinyatakan,” katanya.

Langkah susulan itu dilakukan selepas Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan dua produk Mie Sedaap ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

SFA berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk aiskrim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Mi Sedaap Selamat Dimakan, Bebas Ethylene Oxide

2

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Produk Mi Sedaap Mengandungi Racun Perosak Tidak Dijual Di Negara Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad