web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasrat Malaysia Sertai BRICS Bukan Untuk Campuri Urusan Negara Terlibat – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 12:38PM

Anwar Ibrahim berkata Malaysia lebih menekankan keutamaan kepada aspek perdagangan, ekonomi serta perluasan jaringan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) bukan untuk mencampuri urusan domestik atau politik negara terlibat.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia lebih menekankan keutamaan kepada aspek perdagangan, ekonomi serta perluasan jaringan yang dapat memberikan manfaat kepada negara dan rakyat terutamanya pedagang, peniaga dan pelabur.

Anwar berkata, dalam hubungan Malaysia dengan negara luar termasuk negara barat serta yang terlibat dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia tidak sepenuhnya bersetuju dalam semua hal.

“Malah, ada pertentangan dan perbezaan besar kita dalam isu Gaza umpamanya, isu negara berkembang, isu persaingan perdagangan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), tapi itu tak menyebabkan kita harus memutuskan perhubungan terutama bila keutamaan itu adalah perdagangan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah meneliti implikasi Malaysia apabila menyertai BRICS memandangkan negara anggotanya mempunyai latar belakang ekonomi, politik dan sosial yang agak berbeza dengan Malaysia.

Perdana Menteri berkata dalam soal BRICS, negara seperti China dan Rusia menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan Malaysia walaupun kedua-duanya mempunyai sistem negara yang berbeza dengan negara ini. 

“...tetapi ada juga negara-negara yang dalam BRICS termasuk Afrika Selatan atau India yang mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dekat dengan kita dan ini juga tidak menghalang hubungan mereka dengan kita dalam BRICS.

“Di samping itu, negara seperti UAE (Emiriyah Arab Bersatu), India dan Afrika Selatan itu juga mempunyai hubungan dagang yang baik, dan kerjasama ekonomi umpamanya dengan Eropah, Amerika Syarikat dengan negara yang tidak bersama dalam BRICS,” kata Anwar. 

Justeru beliau berkata tidak ada sebab mengapa Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang telah memohon untuk menyertai BRICS berasa bimbang kerana ketetapan utama adalah untuk tujuan perdagangan.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga telah mengkaji dan meneliti kemungkinan implikasi Malaysia menyertai BRICS.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024 pula, Iran, Mesir, Ethiopia, dan UAE menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad