web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 2:00PM

Karkas harimau belang yang dijumpai dalam saliran longkang di tepi Leburaya Utara Selatan arah utara dekat Tapah pada Sabtu. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Karkas harimau belang jantan yang dipercayai mati dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Leburaya Utara Selatan arah utara dekat Tapah pada Sabtu, akan dibawa ke Institut Biodiversiti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Bukit Rengit, Pahang untuk tujuan pengawetan.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata, buat masa ini karkas haiwan pemangsa seberat 120 kilogram (kg) itu masih berada di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai bagi proses penyimpanan.

“Pengawetan karkas ini hanya boleh dilaksanakan di institut biodervisiti tersebut disebabkan hanya di sana mempunyai tenaga atau kepakaran khusus untuk proses itu.

“Kebiasaannya proses pengawetan ini akan mengambil masa agak lama kerana ia perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan spesimen yang diawet, kekal cantik dan tidak rosak bagi tempoh jangka panjang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Sabtu, dilaporkan karkas harimau belang berkenaan dijumpai dalam saliran longkang di tepi lebuh raya berkenaan sekitar jam 5.45 pagi, selepas dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Juke dipandu seorang lelaki.

Pada 9 November lepas, kejadian seumpama itu turut menimpa seekor harimau jantan yang mati selepas dilanggar sebuah treler di KM 303.4 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung, Gopeng.

Yusoff berkata, terdapat kesan luka dan calar yang ditemukan pada bahagian sebelah kiri badan harimau berkenaan selepas proses pengecaman dilakukan pihaknya.

“Luka dan calar pada badan harimau itu kemungkinan berlaku disebabkan mungkin terkena perangkap yang dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak Perhilitan sekiranya mempunyai bukti atau maklumat berhubung sebarang kejadian membabitkan haiwan liar di negeri ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Selamatkan Harimau, Atau Hilang Segalanya

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tapak Kaki Pak Belang Ditemui, Penduduk Diancam Ketakutan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akhirnya Pak Belang Pasik Masuk Perangkap

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Warga Indonesia Ditemukan Dipercayai Dibaham Harimau

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad