web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Warga Indonesia Ditemukan Dipercayai Dibaham Harimau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 3:41PM

Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau di Gua Musang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau di dalam kawasan kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan cebisan anggota badan manusia di kebun itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Sik berkata susulan itu, satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas mangsa telah dilancarkan melibatkan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Gua Musang dan penduduk setempat.

"Hasil operasi menemukan cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba. Cebisan badan serta sebahagian kaki ditemukan di lokasi kedua kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Menurut Sik, pasukan SAR berjaya membawa keluar cebisan mayat mangsa pada jam 4.40 petang sebelum tiba di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang pada jam 5.50 petang bagi proses bedah siasat.

"Pihak PERHILITAN akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

3

Rencana 1 tahun yang lalu

Selamatkan Harimau, Atau Hilang Segalanya

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad