web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akhirnya Pak Belang Pasik Masuk Perangkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 10:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seekor harimau belang berjaya ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pos Pasik, di sini semalam. 

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata haiwan itu berada keadaan sihat dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.

Menurutnya, pada 6 Oktober lepas jabatan berkenaan telah menjalankan operasi tangkapan harimau belang selepas seorang lelaki di Pos Pasik maut diserang harimau pada 5 Ok

“Susulan daripada kejadian tersebut, pada 6 Okt lalu Perhilitan Kelantan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan serta pemasangan satu unit perangkap harimau belang di lokasi aduan. 

Operasi melibatkan 10 anggota jabatan ini dilaksanakan kerana harimau belang masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan iaitu di perkampungan Pos Pasik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Mohamad Hafid berkata harimau belang terbabit masih dalam siasatan bagi mengenal pasti samada ia adalah harimau yang sama menerkam mangsa dalam kejadian lepas.

Beliau berkata kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat turut terjejas sepanjang tempoh haiwan berkenaan berkeliaran. 

“Dengan kejayaan operasi tangkapan harimau belang ini, sekurang-kurangnya ia meredakan kegusaran penduduk Orang Asli di Pos Pasik. 

Walaubagaimanapun penduduk di Pos Pasik perlu berjaga-jaga semasa keluar ke ladang dan bekerja secara berkumpulan serta tidak berseorangan,” katanya. 

Menurutnya Pos Pasik merupakan salah sebuah perkampungan Orang Asli yang jarak perjalanan dari Bandar Gua Musang mengambil masa sehingga empat jam, bergantung kepada faktor cuaca. 

“Selain itu keadaan jalan balak untuk ke lokasi juga hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) sahaja,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad