Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tapak Kaki Pak Belang Ditemui, Penduduk Diancam Ketakutan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 12:41PM

Kesan tapak kaki itu ditemui seorang penduduk ketika berada di ladang malam tadi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Lebih 1,000 penduduk di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera, di sini resah susulan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau di kawasan ladang sawit, kira-kira 200 meter dari penempatan mereka.

Seorang penternak Mohd Nordin Hashim, 39, berkata dia menemukan kesan tapak kaki itu ketika berada di Ladang Chin Teck, kira-kira 8.30 malam tadi. 

"Dua hari lepas sudah ada penduduk yang melihat kelibat harimau berhampiran kawasan ini. Keadaan ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk dan bimbang ternakan mereka seperti lembu dan kambing akan menjadi mangsa haiwan liar itu.

"Kami juga bimbangkan keselamatan penduduk yang adakalanya masuk ke kawasan ladang untuk mencari daun pisang dan melepaskan ternakan mereka," katanya kepada pemberita di Ladang Chin Teck hari ini. 

Zainuri Salleh, 45, berkata dia terkejut apabila menerima maklumat mengenai penemuan kesan tapak kaki harimau menerusi kumpulan WhatsApp perumahannya.

"Saya mengingatkan anak supaya berhati-hati menunggang motosikal ke sekolah pagi ini. Walaupun kesan tapak kaki itu dijumpai di kawasan ladang, kita perlu berjaga-jaga kerana lokasinya sangat dekat dengan rumah penduduk,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata beliau mengetahui mengenai penemuan kesan tapak kaki itu menerusi perkongsian WhatsApp yang tular sejak malam tadi. 

“Lokasi penemuan adalah di kawasan Galas dan berhampiran dengan penempatan penduduk, jadi kita berharap tindakan pantas daripada pihak berwajib dapat dilaksanakan sewajarnya,” katanya.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ubah Suai Meja Jadi Tempat Simpan Pistol, Lelaki Direman 6 Hari

4

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 20 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright