Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ubah Suai Meja Jadi Tempat Simpan Pistol, Lelaki Direman 6 Hari

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 9:05PM

Muhamad Zaki Harun (kiri) menunjukkan pistol yang tersimpan dalam meja milik saspek - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana melakukan jenayah kekerasan dan dadah, dengan licik mengubah suai sebuah meja laci kayu supaya hanya boleh dibuka dengan kad akses untuk menyembunyikan dua pucuk pistol.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 di rumahnya di Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat di sini, 11 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pemeriksaan di rumah suspek turut menemukan 54 butir peluru hidup dan sebuah beg yang mengandungi 1,200 pil kuda serta 550 biji pil erimin 5.

"Dari mana dua pucuk pistol suspek peroleh kami akan siasat termasuklah dadah yang ditemukan dalam rumahnya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau berkata hasil saringan air kencing ke atas lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu disahkan negatif.

Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Direman Seminggu

3

Semasa 1 minggu yang lalu

5 Suspek Ugut Pelanggan McDonald’s Ditahan, Reman Sehingga Rabu

4

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 22 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM