web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:29PM

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai sindiket pengedaran dadah menerusi Op Kontraban di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 56 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Chekok Jambu, Jalan Panji, di sini Rabu lalu.

Beliau berkata, pasukan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, menyerbu premis berkenaan pada jam 7.40 malam dan turut menemukan pelbagai jenis dadah serta air ketum.

"Polis menemukan lima kilogram ganja, sebanyak 17,200 biji pil kuda dan 18 liter cecair air ketum serta dua liter cecair ubat batuk.

"Kesemua rampasan beras dan pelbagai jenis dadah itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan yang diseludup melalui negara jiran," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau berkata, sindiket berkenaan bukan sahaja menyeludup beras malah turut terlibat aktiviti pengedaran dadah.

Selain itu, polis turut merampas dua pucuk pistol, satu unit kelopak bersama 47 butir peluru hidup, sebuah kereta pacuan empat roda dan lima telefon bimbit.

"Sindiket ini memang tidak ada dalam senarai polis dan mereka ini bergerak secara berkumpulan. Kami percaya saki-baki ahli sindiket masih bebas di luar sana dan polis akan memburu mereka," katanya sambil menambah kesemua nilai rampasan keseluruhan dianggar RM273,815.

Muhamad Zaki berkata, hanya seorang suspek disahkan positif dadah dan kesemua direman bermula 28 Mac sehingga esok (1 April) dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar