web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 9:48PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan warga pendidik terkesan akibat keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Beliau berkata pemeriksaan telah dilakukan di kantin terbabit dan sampel makanan diambil untuk dihantar ke makmal dengan keputusan ujian dijangka diperolehi dalam dua atau tiga hari lagi.

"Siasatan masih berjalan dan sepanjang penutupan, pengusaha kantin perlu membersihkan premis tersebut.

"Kita telah ambil sampel makanan untuk dihantar ke makmal dan buat masa ini kemungkinan (keracunan adalah berpunca daripada) ayam goreng," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kempen Saringan Diabetes di Regency Medical Care Centre di sini hari ini.

Ling dalam pada itu menyatakan daripada 99 orang yang terkesan, 11 daripadanya yang merupakan pelajar telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik kesihatan dan klinik swasta dan tiada yang dimasukkan ke wad hospital dengan baki jumlah tersebut hanya mengalami simptom ringan.

Ling berkata setakat ini pelajar sekolah itu diminta membawa bekal makanan dan minuman masing-masing susulan penutupan kantin terbabit dan menasihati agar semua pihak berhati-hati dengan mengamalkan tiga kaedah iaitu lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati sebarang juadah.

Sementara itu berhubung tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, beliau berkata kerja-kerja pembersihan di sepanjang pesisir Sungai Rengit hingga Teluk Ramunia yang bersempadan dengan Singapura sudah selesai sepenuhnya.

Beliau berkata 43 tan sisa minyak telah dikumpulkan hasil kerja-kerja pembersihan yang dilakukan sebelum memberitahu bahawa terdapat pencemaran terbaharu dikesan di Pulau Che Kamat, Sungai Rengit dan kerja pembersihan akan bermula esok.

Dalam pada itu, Ling berkata kos pembersihan ditanggung syarikat insurans kapal yang terlibat dalam pelanggaran tersebut dan jumlah kerugian sedang dibincang, termasuk bayaran pampasan kepada pihak yang terkesan termasuk nelayan.

Media sebelum ini melaporkan pada 14 Jun lepas, kapal Vox Maxima dari Belanda melanggar kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura yang menyebabkan kira-kira 400 tan tumpahan minyak di perairan sekitar pantai Singapura dan merebak ke perairan negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keracunan Makanan: Kelewatan Dapat Rawatan, Boleh Mengundang Maut

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hampir 400 Keracunan Di Jepun, Bakteria Ditemui Dalam Kotak Bento

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran