web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keracunan Makanan: Kelewatan Dapat Rawatan, Boleh Mengundang Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 12:08PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Simptom keracunan makanan yang terjadi selepas seseorang itu mengambil sesuatu makanan tidak boleh diambil ringan kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa.

Pegawai Perubatan, Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad berkata, kematian akibat keracunan makanan boleh berlaku disebabkan dehidrasi dan komplikasi daripada jangkitan kuman berkenaan yang kemudiannya boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman.

“Biasanya keracunan makanan berlaku disebabkan bakteria, parasit, toksin dan kuman yang disebarkan daripada bahan tercemar seperti air kotor, kencing atau najis tikus, lalat dan lipas atau logam berat seperti racun rumpai serangga dan sebagainya.

"Antara jangkitan bakteria biasa adalah Salmonella dan apabila ia masuk dalam sistem penghadaman kita panggil Salmonellosis. Simptom keracunan makanan biasanya adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, loya dan demam, tetapi paling bahaya apabila berlakunya dehidrasi akibat kurang air dalam badan,” katanya kepada BERNAMA.

Jelasnya, kesemua simptom itu dapat dilihat dalam masa enam jam selepas mengambil makanan tercemar dan simptom boleh menjadi semakin teruk dalam tempoh 12 hingga 24 jam sehingga menyebabkan seluruh badan lemah.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas isu yang tular di media sosial tentang seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia selepas mengalami keracunan makanan akibat makan sandwich basi yang dibeli di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Lebuh Raya Pantai Timur 2 Kemaman, Terengganu, pada 19 Disember lalu.

Mangsa  dari Johor bersama anak saudaranya dikatakan mengalami gejala muntah-muntah dan cirit-birit selepas makan makanan itu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Dr Syed Aliff Fauzan berkata, seseorang yang mengalami keracunan makanan perlu mendapatkan rawatan awal tanpa berlengah dan membiarkan simptom menjadi semakin teruk.

“Bila keracunan makanan, rawatan awal adalah perlu untuk pastikan badan kita tidak dehidrasi, kerana jika dibiarkan lama badan akan dehidrasi dan jika simptom dehidrasi sudah mula kelihatan seperti pucat, lidah mulai putih, bawah mata juga putih macam kurang darah, segeralah dapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi semakin parah,” katanya.

Beliau berkata, dalam mencegah berlakunya keracunan makanan, orang ramai serta pengendali makanan mempunyai tanggungjawab masing-masing dan orang ramai boleh melakukan penilaian kendiri apabila ingin membeli makanan di luar.

“Macam sekarang ini, musim cuti sekolah ramai orang akan keluar dan makan di luar dan semestinya akan ada risiko keracunan makanan, jadi apa yang kita boleh buat adalah dengan memastikan persekitaran kedai bersih.

“Amalkan tiga langkah iaitu lihat, hidu dan rasa sebelum makan, jika ada bau, rasa dan tekstur yang kelihatan tidak normal sebaiknya elakkan makan. Bagi pengendali makanan pula, jangan biarkan bahan makanan atau makanan yang telah siap dalam keadaan yang terdedah.

“Elakkan menjual makanan yang tidak habis dan anggaplah kita sediakan makanan untuk keluarga, jangan hanya fikir untung semata-mata…siapa sangka hanya sebungkus sandwich tetapi boleh meragut nyawa,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia, Sazly Azizuddin Sahami berkata, trend keracunan makanan biasanya berlaku ketika musim perayaan dan cuti sekolah, justeru orang ramai perlu lebih peka dalam memilih makanan yang ingin dibeli.

“Apabila jumlah pelanggan terlalu ramai dan pekerja pula kurang, amalan kebersihan makanan selalu diabaikan sebagai contoh, bahan mentah yang terdapat di dalam peti sejuk lebih muatan boleh menyebabkan suhu makanan tidak sejuk sepenuhnya.

“Begitu juga proses nyah beku, apabila bahan mentah terlalu banyak selalunya proses nyah beku tidak sempurna. Selain itu, faktor keletihan pekerja juga menyebabkan amalan kebersihan dan keselamatan makanan seringkali diabaikan,” katanya.

Sementara itu, Nur Aishah Wahidah Abdull Aziz, 23, berkongsi pengalaman pahitnya yang pernah kehilangan insan tersayang iaitu kakaknya, Nur Amira Fatihah akibat keracunan puding buih pada Syawal 2020.

“Saya tidak sangka, puding buih yang dibeli dua hari sebelum raya menyebabkan ayah, kakak dan adik saya dikejarkan ke hospital, lebih memilukan, kakak meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Menceritakan keadaan kakaknya ketika itu, Nur Aishah berkata, kakaknya demam dan kelihatan lemah selepas berbuka puasa pada hari kedua terakhir Ramadan dan keadaannya bertambah teruk awal pagi Syawal apabila rebah dan diserang sawan.

“Kalau ikutkan simptom kakak tidak ada pun cirit-birit, cuma keadaanya lemah dan demam, kami bawa dia ke klinik tetapi ditolak kerana klinik tidak terima kes demam sebab masa itu tengah COVID-19. Kemudian kami bawa dia ke hospital besar dan doktor kata hanya demam biasa, tetapi apabila balik ke rumah keadaan kakak makin teruk hingga rebah dan diserang sawan.

“Kakak kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada satu Syawal. Pada hari yang sama juga ayah dan adik saya turut dimasukkan ke hospital, tetapi kakak meninggal dunia selepas 10 hari berada di hospital… saya tidak sangka hanya kerana makanan, detik hitam ini akan terjadi,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hampir 400 Keracunan Di Jepun, Bakteria Ditemui Dalam Kotak Bento

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

Elak Sakit Perut Ketika Sambut Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad