web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PH Tumpu Usaha Pujuk Pengundi KKB Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:26PM

Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, pada penubuhan dua lagi Cawangan DAP baharu bagi Parlimen Hulu Selangor, iaitu Cawangan Taman Bunga Raya 2 dan Cawangan Taman Seroja. - gambar Facebook Pang Sock Tao

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR – Berbaki tiga hari lagi sebelum hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Kuala Kubu Bahru pada Sabtu ini, calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menggandakan  usaha memujuk pengundi khususnya pengundi luar menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurut Pang salah satu cabaran terbesar yang dihadapinya selain masa terhad untuk berkempen ialah memastikan peratusan tinggi pengundi yang keluar pada Sabtu ini.

“Saya rasa perkara paling mencabar sepanjang hampir dua minggu berkempen ialah masa, tempoh 24 jam itu tidak cukup untuk mendekati semua pengundi Kuala Kubu Bahru.

“Kalau boleh nak lagi lama, dan salah satu lagi cabaran besar kami ialah nak pastikan peratusan keluar mengundi itu tinggi.

“Kerana itu saya seru semua pengundi di Kuala Kubu Bahru keluar mengundi pada 11 Mei ini untuk tunai tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui wartawan Getaran di sini.

Menjawab mengenai isu perkauman yang dimainkan sepanjang tempoh kempen, Pang berkata, pengundi di Kuala Kubu Bahru tidak mengutamakan isu perkauman tapi lebih memberi fokus kepada calon yang mampu selesaikan masalah komuniti.

Kenyataan Pang itu sekaligus menepis dakwaan bahawa beliau menerima tentangan daripada pengundi Melayu di Kuala Kubu Bahru yang mahu calon Melayu mewakili mereka di kerusi DUN tersebut.

Katanya, sepanjang hampir dua minggu berkempen reaksi diterimanya  terutama daripada pengundi Melayu, sangat positif.

“Saya puji penduduk Kuala Kubu Bahru mereka sangat mesra dan sentiasa terima saya dengan senyuman yang manis dan memberi sokongan dan galakan.

“Ia menjadi penyuntik semangat kepada saya dan pasukan untuk berkempen dan bekerja dalam tempoh saat- saat terakhir ini,” katanya.

Sebelum ini pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN membuat keputusan untuk menampilkan calon Khairul Azhari Saut kerana permintaan majoriti pengundi yang mahu pembangkang memberi peluang kepada calon pemimpin Melayu.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang (PH), Khairul Azhari (PN), Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin, seorang calon bebas.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

DUN Kuala Kubu Bahru membabitkan kerusi campuran dengan komposisi 53.4 peratus adalah pengundi Melayu, sebanyak 30.5 peratus membabitkan pengundi Cina, dan 15.8 peratus pengundi India.

Selain itu kerusi Kuala Kubu Bahru turut diwakili seramai 2,000 pengundi daripada kaum etnik Orang Asli.

Mengulas lanjut, Pang berkata, beliau berazam untuk memberi khidmat terbaik dan menyelesaikan masalah dan isu  pengundi Kuala Kubu Bahru sekiranya diberi mandat dalam PRK ini.

“Perkara yang sering diutamakan penduduk setempat ialah kemudahan awam, internet ataupun kebajikan rakyat.

“Secara keseluruhan pengundi Kuala Kubu Bahru nak calon yang boleh bekerja dan saya yakin dengan bantuan daripada pasukan sedia ada yang cukup cekap.

“Kita ada enam orang ketua kampung tradisi, enam orang ketua kampung Cina bahru, lapan ahli majlis kesemua ini ada pengalaman dan akan berkerjasama untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama beliau mengakui terdapat juga keresahan diluahkan penduduk tempatan yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Pang berharap beliau akan menjadi jambatan yang akan menghubungkan rakyat dengan kerajaan pusat, kerajaan negeri kerana rakyat perlu tahu inisitiaf yang dilaksanakan untuk membantu golongan terbeban dengan isu tersebut.

“Untuk itu kos sara hidup saya akan beritahu kepada mereka yang kerajaan Selangor banyak inisiatif untuk golongan B40 ini.

“Saya harap pengundi boleh pilih wakil yang boleh sampaikan suara mereka,” katanya. – Getaran, 8 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran