web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 8:20PM

Kejayaan itu membolehkan Lee Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai RM147,640. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK – Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia meraih gelaran pertamanya musim ini apabila merangkul gelaran kedua Terbuka Thailand 2024 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di pentas final di sini hari ini.

Zii Jia, juara edisi 2022, hanya mengambil masa 34 minit untuk merangkul kejuaraan dengan kemenangan straight set 21-11, 21-10.

Kemenangan pemain ranking ke-10 dunia itu diyakini mampu menjadi tonik terbaik dalam persiapan menghadapi Malaysia Masters 2024 bermula Selasa ini.

Kejayaan itu membolehkan Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$ 31,500 (RM147,640) manakala manakala Ka Long meraih US$15,960 (RM74,804) selaku naib juara.

“Ia adalah antara persembahan terbaik saya tahun ini. Saya berharap mengekalkan mementum ini ke kejohanan Malaysia Masters,” kata pemain berusia 26 tahun itu kepada Bernama selepas aksi final itu.

Ditanya mengenai jangkaannya untuk Malaysia Masters, anak jati Kedah itu berkata dia hanya mahu menikmati permainan itu ketika membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Paris pada Julai ini.

Zii Jia kali terakhir memenangi kejuaraan Oktober lalu pada Terbuka Artik di Finland.

Terdahulu, beregu pilihan utama dan juara Terbuka Perancis, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India merangkul gelaran kedua tahun ini apabila mengambil masa 45 minit untuk menewaskan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China 21-15, 21-15.

Sementara itu, pemain kegemaran tuan rumah, Supanida Katethong melakar kejutan apabila merangkul kejuaraan jelajah dunia pertamanya tahun ini dengan menyingkirkan pemain ranking ketujuh dunia dari China, Han Yue 21-16, 25-23  dalam tempoh 56 minit pada final perseorangan wanita. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 32 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar