web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2025 8:12PM

Suspek kes tembak rakyat Malaysia telah menyerah diri semalam - Gambar Balai Polis Sungai Golok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya dimaklumkan secara tidak rasmi tentang penyerahan diri suspek berumur 31 tahun itu kepada pihak berkuasa Thailand.

"Berkaitan suspek, setakat ini saya diberitahu secara tidak rasmi bahawa suspek terbabit telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

"Kita masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung penangkapan suspek tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes terbabit akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand memandangkan kejadian berlaku di wilayah itu dan suspek merupakan warganegara Thailand.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek pernah beraksi sebagai penjaga gol pasukan Kelantan FC pada 2019 selepas mewakili skuad Piala Presiden Kelantan pada 2014," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad