Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Elak Sakit Perut Ketika Sambut Tahun Baharu Cina

Nikmat menyambut perayaan akan hilang sekiranya mengalami sakit perut atau lebih teruk keracunan makanan. Mari kita lihat apakah punca, gejala dan cara mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 9:06AM

Gambar: Globalnews.ca

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memanglah seronok bila berkumpul untuk makan besar pada malam Tahun Baharu Cina dengan pelbagai juadah yang simbolik dengan perayaan termasuk makanan laut, ladu, popia, niangao (kek beras pulut), tangyuan (bebola nasi manis) dan ‘mi panjang umur’.

Ditambah pula dengan buah limau serta minuman panas dan sejuk.

Cuma, perlulah  berhati-hati dengan apa yang dimakan supaya tidak mengalami senak atau kembung perut untuk ‘shoushui’ iaitu berjaga lewat sehingga tengah malam, sebagai sebahagian daripada tradisi menjelang Tahun Baharu Cina.

Amalan ‘shoushui’ masyarakat Cina sebelum ini adalah untuk berjaga sepanjang malam tetapi kini ramai yang hanya berjaga sehingga mercun dan bunga api habis dibakar pada tengah malam.

Ketika berjaga dan sedang menikmati masa santai dengan keluarga, perut mula berbunyi, berasa mual dan tidak selesa, perut kembung, pedih ulu hati dan paling dibimbangi sudah tentunya keracunan makanan.

Punca dan gejala

Gejala keracunan makanan termasuk cirit-birit serta muntah dan menurut perunding pediatrik dan kardiologi kanak-kanak, KPJ Damansara, Datuk Dr Zulkifli Ismail, mereka yang mengalaminya mungkin juga demam.

"Pesakit juga berasa loya yang menghalang mereka untuk makan atau minum. Bagi kanak-kanak, keadaan mereka akan menjadi lebih teruk sekiranya muntah melampau, " beliau memberitahu Bernama baru-baru ini.

Gambar: ConsumerLab.com
Gambar: ConsumerLab.com

Lazimnya, jelas beliau, keracunan makanan berlaku akibat daging yang tidak dimasak dengan secukupnya dan kerang yang dijangkiti bakteria Salmonella. 

Salmonella adalah patogen yang sering menyebabkan gejala berkaitan makanan seperti demam, pening, loya, muntah, sembelit dengan cirit-birit serta kekejangan perut.

Beliau menjelaskan, perkataan Salmonella sebenarnya digunakan untuk kedua-dua bakteria dan penyakit yang berpunca daripadanya. 

Kebanyakan orang, merujuk kepada Salmonella sebagai keracunan makanan kerana sumber jangkitan biasanya daripada makanan dengan gejala muncul dalam masa 12 hingga 72 jam.

Tambah beliau, virus juga boleh menyebabkan cirit-birit serta muntah dan adakalanya selsema mempunyai gejala cirit-birit serta muntah, selain demam, hidung berair dan batuk.

Satu lagi sumber keracunan makanan ialah air minuman yang tercemar oleh Escherichia coli (E.coli), Staphylococcus dan bakteria atau virus lain sekiranya air berkenaan tidak dimasak atau ditapis. 

"Kita ada mendapat kes spesies Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan dengan gejala cirit-birit, muntah dan demam.

“Salmonella bukan kepialu pula sering ditemui dalam daging yang dibiar terdedah untuk tempoh yang lama, juga dalam telor tercemar yang dimasak. Staphylococcus juga boleh menyebabkan keracunan makanan, ” katanya.

Salmonella juga, katanya, boleh merebak menerusi makanan yang disediakan oleh seseorang yang mempunyai ‘gastroenteritis rotavirus’.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini melaporkan kes keracunan makanan di negara ini masih terkawal dengan sebanyak 288 kes dilaporkan pada 2020 dan 123 kes sehingga September 2021. 

KKM juga sedang melaksanakan pelbagai program Kualiti dan Keselamatan Makanan bagi menjamin makanan serta bahan mentah di pasaran tempatan mematuhi Akta Makanan 1983.

Rawatan keracunan makanan 

Bagi mereka yang kurang bernasib baik mendapat keracunan makanan pada sambutan Tahun Baru Cina, Dr Zulkifli menasihatkan supaya mengambil garam rehidrasi oral untuk mengimbangkan elektrolit dalam badan akibat kekurangan air dan garam dalam badan. 

Bahaya paling utama kes keracunan makanan adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan dan untuk itu, amat penting pesakit minum dan ambil makanan, antaranya yang lembut, rendah serat dan tidak pedas.

Beliau juga menasihatkan pesakit supaya menghentikan semua pengambilan minuman beralkohol dan minuman ringan yang menyebabkan perut kembung seterusnya memburukkan lagi cirit-birit.

"Untuk cirit -birit, ada ubat anti cirit-birit bagi orang dewasa tetapi ini bukan untuk kanak-kanak.  

"Ubat untuk muntah juga perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kanak-kanak dan diambil mengikut berat badan mereka,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya usaha berkenaan tidak berkesan, maka tiada pilihan selain menghidrat semula secara intravena menerusi talian intravena.

"Bagi kanak-kanak, kadar titisan dikira berdasarkan berat badan serta tahap dehidrasi yang perlu diperbetulkan. Ada doktor akan memberikan probiotik khusus untuk cirit-birit, tetapi ini bergantung kepada pilihan individu," katanya.

Menurut beliau, KKM menjadikan mandatori kepada doktor untuk melaporkan sebarang kes keracunan makanan.

"KKM akan menjalankan siasatan dan pengesanan kontak. Restoran yang didapati menjadi sumber kes keracunan makanan akan dikenakan tindakan dan mungkin juga diarah tutup untuk kerja pembersihan sekiranya kes keracunan tinggi.

"Pada pandangan saya, KKM perlu memantau perkhidmatan penghantaran makanan kerana mereka pengedar dan orang perantaraan antara peniaga dan pelanggan mungkin menjadi sumber jangkitan kepada inidividu yang menerima makanan, " katanya.

Gambar: Angela Roma, Pexels
Gambar: Angela Roma, Pexels

Kebersihan penyediaan makanan

"Semasa musim perayaan, ramai yang akan makan di luar di restoran dan gerai. Berhati-hati dengan makanan mentah dan separuh masak, terutamanya daging seperti ikan, lembu, ayam dan babi. 

"Sayur yang belum dimasak perlu dicuci dengan sebaik-baiknya jika dihidang segar sebagai salad. Berhati-hati juga dengan air yang dihidangkan, hanya minum jika air itu dimasak atau menerusi proses tapisan yang boleh dipercayai.

"kebanyakan kes keracunan makanan dapat dicegah dengan cara memasak dan pengendalian makanan yang betul," jelasnya. 

Sementara itu, Chef Eksekutif Sunway Resort, Peter Lee Tong Siong memberitahu, ketika menyediakan juadah untuk makan besar pada malam Tahun Baharu Cina, pastikan daging mentah terutamanya ayam diletak jauh daripada makanan lain.

"Jangan simpan daging ayam mentah dan produk makanan laut dengan hasil segar untuk mengurangkan pencemaran silang. Cuci semua hasil segar sebelum dimasak dan guna perkakas memasak yang berbeza untuk penyediaan daging dan hasil segar.

"Jangan biarkan air daging menitis ke atas makanan lain, guna papan pemotong dan pisau yang berbeza untuk penyediaaan daging. Cuci tangan selepas menyentuh daging mentah bagi mengelakkan makanan lain tercemar, " katanya.

Gambar: Elle Hughes, Pexels
Gambar: Elle Hughes, Pexels

Untuk makanan laut pula, Peter Lee mengingatkan ia perlu disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan dengan segera selepas dibeli dan dimakan dalam tempoh dua hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

"Pilih ikan yang matanya cerah, bukan berwarna merah. Kebiasannya ikan bermata merah berbau busuk dan tidak segar.

"Jika mahu membeli kerang, tiram atau kupang, belilah di pasar yang bereputasi. Pastikan ada bekas sejuk untuk menyimpan makanan laut. Jika tinggalkan barangan runcit yang dibeli dalam kereta, tindakan ini hanya merosakkan kualiti barangan berkenaan dan mungkin menjadikan makanan laut yang dibeli tidak selamat untuk dimakan, " katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya makanan laut yang dibeli disimpan seberapa segera di dalam peti sejuk (suhu antara 0 hingga 3 celsius) setibanya di rumah serta dibungkus dengan plastik yang melekat atau di simpan dalam bekas kedap udara.

Menurut beliau lagi, makan makanan laut mentah atau sebarang daging mentah mempunyai risiko lebih tinggi berbanding makan makanan yang dimasak dengan secukupnya.

"Untuk hidangan 'Yee Sang', guna ikan beku yang dikomersialkan seperti salmon, kod atau ikan laut yang lain. Ikan beku komersial ini biasanya disimpan dalam suhu yang cukup sejuk untuk membunuh parasit dalam ikan mentah.

"Bagi mengekalkan kesegarannya, bolehlah perah jus lemon, limau nipis atau cuka untuk mengurangkan bau hanyir ikan, " katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran