web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 4:27PM

- Gambar SUK Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyifatkan langkah diambil Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor serta barisan kepimpinan negeri untuk mengeratkan lagi hubungan dengan kerajaan Persekutuan baru-baru ini sebagai satu tindakan yang amat bijak.

Titah Sultan Sallehudin, baginda disembah maklum bahawa Muhammad Sanusi telah membentangkan senarai 'wishlist' projek pembangunan di Kedah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri pada 4 Mei lalu.

Dalam masa sama, baginda turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri terutamanya berkaitan usaha menyantuni 1,750 keluarga miskin tegar di Kedah, dalam tempoh singkat.

"Beta disembah maklum setakat ini jumlah itu telah dikurangkan sebanyak 77 peratus, kepada 404 keluarga.

"Oleh itu beta berharap 'wishlist' yang dibentangkan mendapat perhatian kerajaan Persekutuan untuk diambil tindakan segera.

"Semoga usaha kerajaan beta untuk mensejahterakan rakyat dan meningkatkan taraf ekonomi negeri dapat dilaksanakan terutamanya melalui permintaan insentif fiskal pengekalan kawasan jelapang padi bagi tujuan pembangunan penyediaan rumah kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-82 di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Sultan Sallehuddin bertitah, baginda turut mengharapkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan meluluskan permintaan insentif fiskal sebanyak RM200 juta kepada kerajaan negeri.

"Ia merupakan satu mekanisme timbal balik apabila kerajaan negeri perlu mengekalkan 113,000 hektar kawasan penanaman padi yang menyumbang 43 peratus tahap sara diri beras negara. Ini adalah kehilangan potensi pembangunan selain pertanian yang boleh menjana hasil negeri lebih tinggi.

"Oleh itu insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan negeri pada masa depan bagi pembangunan sosio ekonomi. Melalui insentif ini, kerajaan negeri dapat menyediakan program bantuan kepada golongan miskin dengan membantu isi rumah menambah pendapatan dan menyediakan bantuan pendidikan sempurna yang akhirnya membolehkan mereka keluar dari kepompong kemiskinan," titah baginda.

Sultan Sallehuddin dalam pada itu turut menyentuh mengenai kerancakan pembangunan bandar sempadan antara Malaysia dan Thailand melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, seperti pembinaan jalan raya menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan  Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.

"Lanjutan itu, beta menyarankan agar kerajaan Persekutuan memperkasakan pembangunan bandar sempadan antara Malaysia dan Thailand.

"Ini memandangkan hampir 50 peratus kawasan di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ), Bukit Kayu Hitam serta Bandaraya Getah Kedah (KRC) dekat Padang Terap diterajui NGX yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) serta  Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)," titah baginda. - Getaran, 30 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kerajaan Perlu Persiapkan Diri Dengan Kemahiran Di Lapangan - Sultan Kedah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Kedah Kurnia Panji Rejimen Kepada Batalion 23 RAMD

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad